Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Australia kenakan sekatan ke atas apartmen sedang kes Covid-19 meningkat

Jul 04, 2020 | 07:18 PM



MELBOURNE: Ribuan penduduk di beberapa apartmen di Melbourne dikenakan sekatan selama sekurang-kurangnya lima hari pada Sabtu (4 Julai), sedang pegawai berusaha mengawal penularan virus di bandar kedua terbesar di Australia itu.


Ratusan polis dikerahkan untuk menguatkuasakan sekatan sembilan blok perumahan awam, sedang negara itu mencatat peningkatan kes koronavirus sehari terbesarnya dalam beberapa bulan.


Peningkatan itu hampir kesemuanya disebabkan oleh 108 kes baru di tenggara negeri Victoria itu.


Penutupan segera di utara Melbourne itu akan menjadi "tugas logistik besar-besaran" yang merangkumi pembekalan makanan kepada sekitar 3,000 penduduk dan mengerahkan sekurang-kurangnya 500 pegawai polis setiap syif, tambahnya.



Timbalan Ketua Pegawai Kesihatan Victoria Annaliese van Diemen berkata sejumlah kes telah dikesan di blok-blok itu, yang mungkin mendedahkan masyarakat yang sangat rentan yang mengalami penyakit lain.



"Keutamaan pertama di sini adalah mencari setiap kes di blok-blok tersebut, supaya kita tidak" mengalami lonjakan jangkitan,” katanya.



Victoria telah meningkatkan ujian dan sekatan sejak lonjakan kes minggu lalu.


Dua lagi kawasan kejiranan di Melbourne juga diberitahu untuk duduk di rumah dari tengah malam pada Sabtu, tambahan kepada hampir 300,000 orang yang dikenakan sekatan pada Selasa.


Langkah-langkah itu akan membolehkan penduduk meninggalkan kediaman mereka untuk tujuan penting sahaja, termasuk bekerja dan membeli makanan. - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >