SYDNEY: Australia akan menggunakan skim pembelian balik besar-besaran untuk “menghapuskan senjata api dari jalanan kita”, kata Perdana Menteri, Encik Anthony Albanese, pada 19 Disember ketika ratusan perenang ke laut bagi menghormati mangsa tembakan di Pantai Bondi.
Sajid Akram dan anaknya, Naveed, didakwa melepaskan tembakan pada festival Yahudi di pantai terkenal itu pada 14 Disember, membunuh 15 orang dalam salah satu tembakan rambang paling maut di Australia.
Encik Albanese berjanji akan memperketatkan undang-undang yang telah membolehkan Sajid, 50 tahun, memiliki enam senapang berkuasa tinggi.
“Tiada sebab seseorang yang tinggal di pinggir bandar Sydney memerlukan begitu banyak senjata,” katanya.
Australia akan membayar pemilik senjata untuk menyerahkan “senjata berlebihan, senjata yang baru dilarang dan senjata haram”.
Ini akan menjadi pembelian balik senjata terbesar sejak 1996, apabila Australia mengetatkan kawalan senjata selepas satu tembakan rambang yang membunuh 35 orang di Port Arthur, Tasmania. – AFP.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg