Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Badan kehakiman M’sia berfungsi tanpa takut, pilih kasih: Ketua Hakim Negara

Oct 19, 2023 | 03:37 PM



KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara Malaysia, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, memberi jaminan bahawa badan kehakiman negara itu melalui prinsip kedaulatan undang-undang yang disokong Asean, akan terus melaksanakan fungsinya tanpa rasa takut atau pilih kasih terhadap mana-mana pihak tertentu.


Tengku Maimun, yang juga presiden Persatuan Undang-Undang Asean (ALA) Malaysia, berkata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga percaya akan prinsip itu dan sokongan beliau menunjukkan bagaimana eksekutif serta badan kehakiman boleh terus melaksanakan fungsi mereka secara bebas, selain memberi sokongan jika diperlukan.

“Di sebalik perbezaan dan sebagai ahli profesion undang-undang di rantau Asean, kami berkongsi dedikasi yang mendalam untuk mengejar keadilan. Kewajipan ini merentasi sempadan negara dan sistem perundangan.

“Komitmen kolektif kami terhadap keadilan tanpa mengira latar belakang individu, jelas menegaskan semula perpaduan kami dan memperkukuh tekad kami sambil terus menegakkan kedaulatan undang-undang serta menggalakkan kerjasama dalam rantau Asean,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Perhimpunan Agung ALA ke-14 dan Persidangan Undang-Undang Asean 2023, yang turut dihadiri Datuk Anwar, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, pada Khamis.

Dalam pada itu, Tengku Maimun berkata persidangan itu akan dijadikan wadah menyeluruh yang membincangkan pelbagai subjek penting.

“Topik berkenaan merangkumi keperluan segera untuk melindungi hak wanita dan kanak-kanak kepada trend pendigitalan yang semakin pesat dalam landskap Asean.

“Sesi pembukaan persidangan bertajuk ‘Wanita dan Kanak-kanak Kita – Daripada Nominalisme kepada Kepentingan’ – mendalami isu kesihatan mental yang membebankan wanita dan kanak-kanak,” ujarnya.

Dalam ucapannya pada acara itu, Datuk Anwar sekali lagi menegaskan bahawa kerajaannya tidak akan mencampuri urusan badan kehakiman, sebaliknya akan mempertahankan kebebasan badan itu dengan apa cara sekalipun.

Beliau sekali gus menekankan kepentingan badan kehakiman yang bebas, tidak berat sebelah dan berwibawa.

Datuk Anwar berkata badan kehakiman sebagai benteng keadilan adalah satu keperluan bagi kedaulatan undang-undang.

“Kedaulatan undang-undang memberi jaminan kuasa kerajaan mesti digunakan mengikut undang-undang. Mereka yang memegang kuasa mesti bertanggungjawab atas keputusan dan tindakan mereka. Kerajaan mesti telus dan ia penting mengikut prinsip kerajaan terbuka.

“Oleh itu, keputusan dan urusan meragukan tidak boleh diguna untuk mengaburi mata rakyat atas nama Akta Rahsia Rasmi,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >