Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Badan zakat Indonesia kumpul derma $4.46j untuk Palestin

Nov 16, 2023 | 01:24 PM



JAKARTA: Badan Amil Zakat Nasional (Baznas) memaklumkan bahawa ia telah menerima 50.5 bilion rupiah ($4.46 juta) dalam kutipan dana kemanusiaan peringkat pertama untuk Palestin, yang akan berakhir pada 30 November 2023.


“Jumlah keseluruhan sumbangan yang kami terima setakat ini, termasuk dana kemanusiaan yang akan diserahkan secara simbolik oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) pada Khamis,” kata ketua Baznas, Encik Noor Ahmad.

Dana yang dikumpul daripada orang ramai mencerminkan keghairahan rakyat Indonesia membantu rakyat Palestin di Jaluran Gaza yang terkepung, ujarnya dipetik agensi berita rasmi, Antara.


Sekiranya, menjelang 30 November, agensi itu berjaya mengutip 70 bilion rupiah atau 100 bilion rupiah, keghairahan rakyat Indonesia untuk membantu rakyat Palestin boleh disifatkan sebagai “luar biasa,” katanya.

Berhubung bantuan logistik untuk Palestin, Baznas akan menerima pakej bantuan sehingga 18 November, yang selepas itu akan dihantar dengan kapal tentera laut Indonesia ke Mesir, kata Encik Ahmad lagi.

“Sekiranya kami masih menerima logistik amal untuk Palestin selepas 18 November ini, insya-Allah kami akan mengangkut barangan itu ke Mesir dengan menggunakan kargo udara, walaupun kos pengangkutannya cukup tinggi,” katanya.

Bagaimanapun, mengangkut bantuan logistik ke atas kapal tentera laut Indonesia adalah “percuma”, katanya sambil menambah kiriman pertama bantuan seberat 51.5 tan tiba di Gaza pada 11 November.

Bantuan itu terdiri daripada bekalan logistik dan perubatan serta disediakan Baznas dengan kerjasama rakan kongsinya termasuk Lembaga Amil Zakat dan rakyat Indonesia, katanya.

Menurut Bulan Sabit Merah Mesir (ERC), sekurang-kurangnya 600 trak bantuan yang membawa bantuan kemanusiaan dari Indonesia, termasuk dari Baznas, telah melintasi pusat pemeriksaan sempadan Rafah dan sampai ke Gaza, tambahnya.

Selain bekerjasama dengan Baznas, pemerintah Indonesia juga bekerjasama dengan Palang Merah Indonesia (PMI) dan Forum Kemanusiaan Indonesia untuk mengumpul bantuan kemanusiaan untuk Palestin.

Pada 6 November lalu, pemerintah Indonesia telah menghantar 51.5 tan bantuan kemanusiaan bernilai AS$2 juta ($2.7 juta) kepada penduduk Palestin di Gaza.

Bantuan yang disalurkan itu merupakan hasil sumbangan Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan kutipan dana daripada masyarakat setempat.

Bantuan peringkat pertama itu dibawa oleh tiga pesawat ke Lapangan Terbang El Arish di Mesir dan ia kemudian akan diedarkan ke Gaza.

Bantuan peringkat pertama tersebut dibawa oleh pesawat Hercules dari Kementerian Pertahanan dan pesawat yang disewa oleh pasukan polis untuk menghantar ubat-ubatan, pakaian, khemah, peralatan perubatan dan makanan. 

Ia diterbangkan ke Lapangan Terbang El Arish di Mesir dan akan diedarkan ke Gaza.

Bagi bantuan fasa kedua, penghantaran ubat-ubatan dan peralatan perubatan akan diutamakan.

Bantuan yang dihantar akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir sebelum dibawa ke sempadan Mesir dengan Gaza.

Kemudian penyampaian bantuan kepada penduduk di Gaza dilakukan oleh  Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi pelarian Palestin.

Agensi berita Palestin, WAFA, melaporkan pada 25 September bahawa penutupan Israel ke atas lintasan Gaza telah memburukkan keadaan hidup penduduk Palestin di Gaza.


Menurut agensi berita itu, rakyat Palestin telah pun mengalami kesan teruk “sekatan darat, laut dan udara Israel yang ketat, lebih dari 17 tahun”. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >