Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Krisis kemanusiaan pelarian Gaza makin mencengkam

Nov 14, 2023 | 01:42 PM



BAITULMAKDIS: Mencuci pakaian dalam air laut yang tercemar, tidur dalam khemah yang sesak, makan roti sedikit yang mereka dapati, atau tiada makanan langsung untuk mengisi perut.


Beginilah nasib yang menimpa ratusan ribu pelarian yang dicengkam krisis kemanusiaan yang semakin meruncing setiap jam di tengah-tengah bahang api peperangan yang masih belum reda di Gaza.

Pelarian itu melarikan diri daripada utara Gaza dengan menyusuri jalan Salah al-Din, yang menghubungkan utara ke selatan.

Beribu-ribu penduduk Palestin berjalan kaki dengan membawa sedikit barang keperluan sambil membawa anak-anak mereka ke tempat yang belum pasti selamat.

Tetapi, itulah pilihan yang mereka ada untuk meneruskan kehidupan penuh kesulitan.

Mereka singgah di Deir al-Balah, sebuah bandar di tengah Gaza, zon selamat yang menyaksikan kebanjiran para pelarian dari utara itu.

Di sebuah bangunan sekolah yang dikelolakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bandar itu, mereka tinggal bersesak-sesak sehingga 70 orang dalam sebuah bilik darjah yang dikelilingi sisa makanan penuh dengan lalat.

“Kami tidur miring kerana tidak ada ruang yang cukup untuk berbaring,’‘ kata Encik Hassan Abu Rashed, seorang tukang besi berusia 29 tahun yang melarikan diri bersama keluarganya dari Jabalia di Kota Gaza.

“Cakap tentang makanan, kami terpaksa mencari beberapa keping roti setiap hari untuk makan. Jika anda ingin bercakap tentang kesihatan, sistem kumbahan di sekolah rosak. Jika anda ingin bercakap tentang penyakit, ada yang dijangkiti cacar air, kudis dan kutu di sini,’‘ kata beliau sambil menyifatkan kehidupan para pelarian sangat terdesak.

Di pintu pagar sebuah sekolah di Deir al-Balah, Encik Khaled Filfel, seorang bapa berusia 42 tahun, kelihatan begitu tertekan kerana anak perempuannya yang berusia 21 tahun hilang upaya dan tidak boleh mendapatkan sebarang lampin keperluan dewasa untuknya.

Mereka juga tiada air minuman atau makanan setakat hari berkenaan.

Namun, beliau bersyukur kerana isteri dan enam anaknya yang telah keluar dari Gaza ketika Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober.

Keluarganya menumpang di sebuah bilik yang ditawarkan oleh seorang pemilik rumah atas dasar kemanusiaan.

“Sesetengah orang di sini saling menjaga antara satu sama lain,” kata Encik Khalid

Pengarah UNWRA, agensi bantuan pelarian PBB, di Gaza, Encik Thomas White, menyatakan sekitar 94 sekolah yang dijadikan tempat perlindungan kini menempatkan sejumlah 670,000 pelarian. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >