Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bali isytihar darurat kemarau, kebakaran

Dikuat kuasa sehingga 1 Nov dan boleh dilanjut atau disingkat jika perlu
Oct 21, 2023 | 03:45 PM



BALI: Pemangku Gabenor Bali, Encik SM Mahendra Jaya, telah mengisytiharkan darurat di pulau peranginan itu selama dua minggu berikutan kemarau yang berpanjangan dan peningkatan dalam kebakaran tanah dan hutan. 


Arahan itu dikeluarkan pada Khamis dalam satu kenyataan gabenor dan melibatkan semua bandar di seluruh wilayah itu, termasuk Denpasar dan Badung.

Dasar itu akan dikuatkuasakan sehingga 1 November dan boleh dilanjutkan atau disingkatkan jika perlu. 

Menurut ketua agensi Badan Mitigasi Bencana Bali (BPBD-BALI), Encik Made Rentin, status darurat diisytiharkan untuk membantu memudahkan akses bagi pengerahan sumber manusia, peralatan dan logistik lain bagi mengurangkan kesan bencana.  

Dengan status yang berkuat kuasa, pentadbiran wilayah akan dapat mengarahkan institusi lain untuk mengambil peranan aktif dalam mengurangkan bencana tersebut. 

“BPBD mendapat akses kepada semua sumber yang kita perlukan untuk menangani kemarau dan kebakaran,” Encik Made memberitahu akhbar Jakarta Post pada Jumaat.


Pada Khamis, Encik Mahendra berkata tidak ada sebab untuk cemas kerana keputusan meningkatkan status kesedaran bencana telah dibuat secara berhemah sebagai satu cara untuk menggerakkan sumber. 

Kemarau melampau telah melanda seluruh pulau yang bergantung kepada pelancongan itu sejak Julai, dengan sekurang-kurangnya 113 banjar (perkampungan tradisional) menghadapi krisis air bersih. 

Kawasan paling terjejas termasuk perkampungan di Buleleng, Jembrana dan Karangasem.   

“Kemarau dan krisis air bersih mungkin merebak ke kawasan lain jika tiada hujan dalam beberapa hari akan datang,” kata Encik Mahendra dalam pertemuan dengan BNPB di Denpasar Khamis lalu. 

Menurut data dari Biro Meteorologi Denpasar, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), tiga daerah di seluruh pulau itu tidak menyaksikan hujan selama 94 hari berturut-turut. 

Musim kemarau yang berpanjangan di Bali, sebahagiannya disebabkan oleh fenomena cuaca El Nino, telah menyebabkan kemarau.


Ia juga menyebabkan banyak kebakaran hutan dan tanah, dengan sekurang-kurangnya tujuh kebakaran hutan dilaporkan antara Julai dan Oktober; dua di Buleleng, empat di Karangasem dan satu di Bangli.   

Tiga kemudahan tapak pelupusan bagi bahan buangan kebersihan juga terbakar dan pihak berkuasa masih bergelut untuk memadamkan kebakaran itu selepas lebih seminggu, termasuk di tapak pelupusan sampah terbesar Bali di Suwung, Denpasar. 

Dua lagi kemudahan yang menghadapi kebakaran ialah tapak pelupusan sampah Mandung di Tabanan dan tapak pelupusan Temesi di Gianyar. 


Pihak berkuasa tempatan telah memberi amaran bahawa kebakaran tapak pelupusan sampah, jika tidak dipadamkan, boleh mengancam kesihatan masyarakat yang tinggal berdekatan.


Dengan penguatkuasaan status darurat, Encik Rentin optimis bencana itu boleh segera dikurangkan. 

Ketua BNPB, Leftenan Jeneral Suharyanto, telah berjanji akan mengerahkan lebih banyak pesawat bagi operasi pengubahsuaian cuaca ke Bali sebaik sahaja selesai memadamkan kebakaran di seluruh Sumatera dan Kalimantan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >