Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Titik panas di enam wilayah Indonesia turun 47%

Oct 19, 2023 | 01:42 PM



JAKARTA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) mengumumkan bahawa terdapat penurunan titik panas yang diperhatikan di enam wilayah utama, sepanjang minggu kedua Oktober 2023, dari 8 hingga 14 Oktober.


“(Titik panas) berkurang sebanyak 47.2 peratus pada minggu kedua Oktober, daripada 60,376 titik kepada 31,883 titik,” kata Encik Abdul Muhari, Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana BNPB, pada awal minggu ini.

Enam wilayah keutamaan ialah Sumatera Selatan dengan 14,439 titik panas pada minggu pertama Oktober kepada 13,004 pada minggu kedua; Kalimantan Tengah dengan 30,702 pada minggu pertama Oktober kepada 12,551 pada minggu kedua.

Kalimantan Selatan dengan 7,636 dan dikurangkan kepada 2,383; Riau dengan peningkatan daripada 697 kepada 1,702; Jambi dengan 978 kepada 1,442 pada minggu kedua Oktober dan Kalimantan Barat menurun daripada 5,834 kepada 801 tempat.

Menurut Encik Muhari, penurunan itu boleh dikaitkan dengan kepulan awan yang terbentuk sejak dua minggu lalu di Kalimantan.

Walaupun terdapat kemungkinan hujan berdasarkan bentuk awan ini, pihak berkuasa masih meneruskan pembenihan awan, untuk memastikan hujan.

Kaedah pengubahsuaian itu mengakibatkan hujan lebat pada 8 dan 9 Oktober 2023.

Jelas Encik Muhari, pengubahsuaian cuaca turut dilakukan di luar enam wilayah utama, contohnya di Nusa Tenggara Timur (NTT) pada 8 hingga 12 Oktober, Jawa Barat untuk mengawal kebakaran di tapak pelupusan sampah Sarimukti, dan Jakarta pada 3 hingga 27 September.

Fenomena El Nino dan IOD positif (iaitu perbezaan suhu permukaan laut yang positif antara dua wilayah iaitu Laut Arab dengan Lautan Hindi), menyebabkan musim kemarau lebih kering.

Ini memburukkan lagi kebakaran hutan akibat gabungan cuaca panas melampau dan angin kencang.

“Jika kebakaran melebihi enam jam, maka sukar untuk mengawal api dengan berkesan,” jelasnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >