Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bandar Derna di Libya bergelut urus ribuan mayat yang timbul selepas banjir

Sep 16, 2023 | 02:48 PM



DERNA (Libya): Penduduk dan pekerja menyelamat di kota Derna di Libya kini terkial-kial menguruskan ribuan mayat yang timbul atau mereput di bawah sisa bangunan menyusuli banjir yang meruntuhkan bangunan dan menghanyutkan orang ke laut.


Pada masa yang sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kumpulan bantuan lain sedang menggesa pihak berkuasa di Libya supaya berhenti menyemadikan puluhan mangsa banjir dalam kubur yang sama kerana perbuatan itu boleh menyebabkan tekanan mental jangka panjang ke atas keluarga mereka dan menambah risiko masalah kesihatan jika kubur sedemikian ditempatkan berdekatan takungan air.

Satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata lebih 1,000 orang telah dikuburkan secara demikian di Libya sejak ia dilanda hujan lebat pada Ahad lalu, yang menyebabkan dua empangan air bocor.

Bencana itu, yang terkini berlaku di negara yang dikacau konflik dan pergolakan politik sejak lebih sedekad lalu.

Media antarabangsa melaporkan ribuan orang terbunuh dan ribuan lagi masih hilang.

“Mayat boleh dilihat di mana-mana, di tebing sungai, dihempap bongkah batu. Dalam masa kurang dua jam, rakan kerja saya telah menghitung ada 200 mayat di sebuah pantai berhampiran Derna,” kata Encik Bilal Sablouh, pengurus forensik bagi Afrika, dari Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).

Encik Ibrahim al-Arabi, Menteri Kesihatan Libya, memberitahu Reuters beliau yakin sumber air dalam tanah kini dicemari mayat, bangkai haiwan, sampah-sarap dan bahan kimia.


“Kami menggesa orang ramai supaya tidak menggunakan perigi di Derna,” katanya.

Ketua di Hospital Wahda di Derna, Encik Mohammad al-Qabisi, berkata sebuah hospital sementara sedang merawat pesakit kronik yang memerlukan perhatian berterusan. Menambah, beliau berkata ada keprihatinan penyakit yang berjangkit menerusi air akan merebak.

Namun, tiada tanda-tanda penyakit kolera sedang menular pada masa ini.

Sebahagian besar Derna, di timur Libya punah-ranah apabila empangan di kota itu bocor dan banjir yang berlaku menenggelami estet perumahan pada waktu malam apabila penduduk sedang lena.

Pertubuhan Antarabangsa bagi Penghijrahan di Libya berkata lebih 5,000 orang dijangka terkorban, dengan 3,922 kematian berdaftar di hospital.

Lebih 38,640 orang menjadi pelarian.

 Angka korban dikhuatiri terus meningkat, kata pegawai.

“Buat masa ini, kami lebih takut epidemik berlaku,” kata Encik Nouri Mohamed, 60 tahun yang bekerja di sebuah kedai roti yang memberikan roti percuma kepada penduduk.

“Kami tahu ada mayat yang masih tertimbus… kini bau mayat lebih kuat,” kata beliau lagi.

Agensi kesihatan PBB, bersama ICRC dan Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Persatuan-Persatuan Palang Merah menggesa pengebumian dilakukan dengan lebih baik.

“Kami menggesa pihak berkuasa supaya tidak terburu-buru melakukan pengebumian beramai-ramai atau cara lain seperti membakar mayat beramai-ramai,” kata pegawai perubatan bagi keselamatan biologi di Program Kecemasan Kesihatan WHO, Encik Kazuno Kojima. 

Dalam kenyataan bersama itu, PBB berkata sikap terburu-buru itu boleh menyebabkan tekanan mental tambahan bagi keluarga yang terlibat. Ia juga mengundang masalah sosial dan undang-undang. 

Kenyataan itu berkata mayat mangsa bencana alam biasanya tidak menyebabkan masalah kesihatan, kecuali jika mereka berada di kawasan di mana bekalan air disimpan. Ini kerana mayat boleh mengeluarkan bahan najis. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >