Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Libya tungkus lumus kebumi mayat; korban cecah lebih 6,000

Sep 14, 2023 | 02:39 PM



TRIPOLI: Banjir besar dan taufan yang baru berlalu menimbulkan satu lagi masalah kepada Libya – bertungkus lumus mengebumikan mayat bertimbun di jalan-jalan raya di Derna, bandar pantai utara yang musnah teruk akibat banjir yang turut menyebabkan dua empangan pecah dan menghanyutkan rumah ke dalam laut.


Angka kematian meningkat kepada lebih 6,000 orang setakat pagi Rabu, kata Encik Saadeddin Abdul Wakil, Setiausaha Kementerian Kesihatan Pemerintah Perpaduan di Tripoli, salah satu daripada dua kuasa utama yang beroperasi di negara itu.

Hospital-hospital masih belum beroperasi meskipun ramai mangsa yang terselamat memerlukan rawatan.

Di Mesir, pemerintahnya telah mengebumikan 87 rakyatnya yang meninggal dunia akibat banjir di Libya, kata kementerian emigrasi negara itu.

Kira-kira 10,000 lagi hilang, berpotensi sama ada dihanyutkan ke laut atau tertimbus di bawah runtuhan di seluruh bandar yang pernah menjadi rumah kepada lebih 100,000 orang, kata pihak berkuasa.

Lebih 30,000 orang telah kehilangan tempat tinggal akibat banjir di Derna, kata Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Libya pada Rabu.

Kerosakan besar kepada prasarana di Libya menyebabkan beberapa wilayah yang dilanda banjir tidak dapat diakses oleh kumpulan bantuan kemanusiaan. Hanya dua daripada tujuh pintu masuk ke Derna kini boleh dilalui.

Pasukan kecemasan sedang giat membongkar timbunan serpihan bangunan untuk mencari mangsa yang mungkin terselamat dan mayat.

“Jawatankuasa Syuhada telah ditubuhkan untuk mengenal pasti orang yang hilang dan melaksanakan prosedur sesuai dengan pengebumian mengikut syariah dan undang-undang,” kata Encik Adel Juma, Menteri Negara untuk Hal Ehwal Kabinet, Libya.

Ribut menyebabkan komunikasi terputus, usaha menyelamat begitu sukar dan menimbulkan keresahan dalam kalangan ahli keluarga di luar Libya yang menunggu berita kehilangan orang tersayang.

Cik Ayah, seorang wanita Palestin yang mempunyai dua sepupu di Derna, berkata beliau tidak dapat menghubunginya sejak banjir berlaku.

“Saya sangat risau tentang nasib mereka. Saya mempunyai dua sepupu yang tinggal di Derna. Nampaknya semua komunikasi terputus dan saya tidak tahu sama ada mereka masih hidup pada ketika ini. Ia sangat menakutkan menonton video yang disiarkan mengenai banjir di Derna. Kami semua diselubungi ketakutan,” katanya kepada CNN.


Libya dikejutkan oleh pemberontakan menentang pemerintahan Encik Muammar Gaddafi dalam 2011 dan semakin berpecah dek perang saudara.

Skala kemusnahan menggariskan kelemahan sebuah negara yang telah bertahun-tahun bergelut dengan puak yang berperang dan huru-hara berlarutan.

Pemerintah Perpaduan Nasional (GNU) yang disokong PBB, diketuai oleh Encik Abdulhamid Dbeibeh, dan menjalankan urusan pentadbiran di Tripoli di barat laut Libya,.

Manakala penyaingnya di bahagian timur, dikawal oleh komander Khalifa Haftar dan Tentera Kebangsaan Libya (LNA), yang diketuai oleh Encik Osama Hamad. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >