Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bangunan pesantren runtuh di Jawa Timur: 3 maut, puluhan cedera

Sep 30, 2025 | 11:58 AM
 Pondok Pesantren Al-Khoziny, Sidoarjo, Jawa Timur, runtuh
Pegawai mencari dan menyelamat mencari mangsa selepas sebuah dewan runtuh ketika pelajar sedang menunaikan solat di Pondok Pesantren Al-Khoziny, Sidoarjo, Jawa Timur, pada 29 September. - Foto REUTERS

SIDOARJO (Indonesia): Dua lagi mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian runtuhan bangunan pembinaan di kompleks Sekolah Pondok Islam Al Khoziny, Di Bandar Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia. Ia sekali gus menjadikan angka korban meningkat kepada tiga orang, setakat petang 30 September.

Kejadian berlaku ketika lebih 100 pelajar Pondok Pesantren Al-Khoziny sedang menunaikan solat asar di bangunan bertingkat yang tiba-tiba roboh pada 29 September.

Jurucakap Polis Jawa Timur, Encik Jules Abraham Abast, berkata pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan sekurang-kurangnya 79 mangsa dari runtuhan.

“Kami telah menyelamatkan ramai pelajar yang cedera. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya kepada wartawan.

Usaha mengesan pelajar yang masih hilang sedang giat dijalankan.

Menurut papan maklumat di pos kawalan, 65 pelajar kebanyakannya lelaki berusia 12 hingga 17 tahun – dilaporkan belum ditemui sehingga pagi 30 September.

“Kami sedang menyemak jumlah sebenar mangsa yang masih tertinggal di lokasi,” jelas Encik Jules.

Seorang saksi, Ahmad, 16 tahun, menggambarkan detik cemas itu.

“Kami baru memulakan solat, tiba-tiba lantai bergegar dan bumbung runtuh. Kami lari menyelamatkan diri, tapi ramai kawan terperangkap,” katanya dalam keadaan terkejut.

Polis menyatakan bangunan yang runtuh itu dipercayai sedang melalui kerja pengubahsuaian tanpa kebenaran rasmi.

Pasukan penyelamat termasuk anggota bomba, polis, dan sukarelawan tempatan terus bekerja sepanjang malam bagi mencari mangsa yang masih terperangkap.

“Kami akan menyiasat punca kejadian dan memastikan keselamatan semua bangunan sekolah di kawasan ini,” tegas Encik Jules.

Tragedi ini mencetuskan kebimbangan ibu bapa yang berkumpul di lokasi bagi mendapatkan maklumat anak mereka. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg