JAKARTA: Tujuh orang terbunuh dan sekumpulan lagi hilang di daerah Maluku Utara di Indonesia pada 25 Ogos, selepas banjir melanda kawasan itu, kata agensi mencari dan menyelamat setempat.
Hujan lebat yang turun sejak 24 Ogos menyebabkan banjir berlaku di Pulau Ternate, di bandar Ternate, menurut Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas).
Dalam kenyataannya, Basarnas menyatakan:
“Pasukan kami masih berusaha memindahkan mangsa yang terjejas akibat tanah runtuh dan ditimpa bahan binaan yang dihanyutkan banjir.”
Dua orang ditemui masih hidup, menurut agensi itu.
Laman web berita Detik dan penyiar televisyen Kompas TV melaporkan 11 orang terbunuh, tetapi seorang pegawai Basarnas tidak dapat memberi pengesahan.
Pada Mei, banjir kilat dan tanah lumpur runtuh di daerah Sumatera Barat meragut nyawa lebih 60 orang. – Reuters.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg