Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir di Johor kian buruk

Mar 02, 2023 | 03:35 PM



KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan di enam negeri menyebabkan peningkatan mangsa banjir kepada 26,685 orang daripada 6,287 keluarga setakat 6 pagi Khamis (2 Mac).


Menurut laman portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 220 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan mangsa di Johor, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka.


Johor menjadi negeri paling teruk terjejas. Ia merekodkan lebih 25,000 mangsa daripada 6,738 keluarga yang ditempatkan di 177 PPS.


Pahang menjadi negeri kedua teruk terjejas dengan mencatatkan 1,372 mangsa daripada 371 keluarga yang ditempatkan di 25 PPS yang dibuka.


Keadaan banjir di Johor kian memburuk apabila jumlah mangsa di Johor meningkat lebih dua kali ganda kepada 25,213 orang di 10 daerah setakat petang Khamis, maklum Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.


Ia berbanding 9,167 penduduk daripada 2,760 keluarga, yang dipindahkan ke 90 PPS di enam daerah terjejas banjir, setakat 8 malam Rabu (1 Mac).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >