Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir di Johor reda, mangsa di pusat lindungan berkurang

Cuaca "cerah dan baik" di kebanyakan negeri Semenanjung Malaysia: Jabatan Meteorologi
Mar 08, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus berkurangan kepada 39,620 orang daripada 10,862 keluarga setakat 8 pagi Selasa, berbanding 40,129 orang daripada 11,210 keluarga pada 8 malam Isnin.



Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata semua mangsa banjir itu ditempatkan di 210 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah yang terjejas banjir.



Namun, beliau, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, berkata Batu Pahat dan Muar menunjukkan peningkatan jumlah mangsa banjir, dengan Batu Pahat bertambah kepada 22,209 orang di 76 PPS, manakala Muar meningkat kepada 5,094 orang di 23 PPS.



Jumlah mangsa di PPS di empat daerah - Tangkak, Segamat, Kluang dan Kota Tinggi - berkurangan.



Bilangan mangsa di PPS di Mersing, Johor Bahru dan Pontian pula sama.



Pada masa sama, Tan Sri Azmi memaklumkan terdapat tambahan satu kes kematian membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun, yang dilaporkan mati lemas di Mersing, pada malam Isnin.



Dengan itu jumlah korban banjir di Johor ialah lima orang.



Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) tidak mengeluarkan sebarang amaran hujan berterusan di semua daerah di Johor.



Sebaliknya, agensi cuaca itu berkata kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia akan mempunyai cuaca "cerah dan baik".



Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantuan banjir RM50 juta ($15.02 juta) yang disalurkan kerajaan persekutuan kepada negeri Johor adalah tanpa sebarang komisen.



Ia disalurkan terus kepada rakyat negeri itu dan tidak melalui Ahli Parlimen (AP).



Datuk Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mahu peruntukan itu ditambah menjadi RM100 juta.



Beliau berkata peruntukan yang disalurkan itu diguna dahulu untuk menyelesaikan projek tebatan banjir di negeri itu selain membantu mangsa banjir yang terkesan.



Tan Sri Muhyiddin dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin mencadangkan kepada kerajaan agar peruntukan RM300,000 diberikan kepada semua AP, termasuk pembangkang, di kawasan banjir.



Tan Sri Muhyiddin turut mencadangkan agar peruntukan bantuan banjir RM50 juta itu ditambah kepada RM100 juta di Johor ekoran keadaan banjir teruk yang melanda negeri itu.



Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kerajaan Johor merayu supaya mangsa banjir negeri itu yang terjejas diberi moratorium bayaran semula pinjaman bank sekurang-kurangnya antara tiga hingga enam bulan.



Datuk Onn berkata moratarium bayaran semula pinjaman bank dapat memberi sedikit kelegaan kepada mangsa untuk membina semula kehidupan mereka.



Umum mengetahui tahun ini sahaja ramai rakyat Johor melalui ujian banjir yang amat mencabar bukan sekali, bahkan dua kali, ujar beliau.



Banjir yang melanda Johor sejak 1 Mac disifatkan antara yang terburuk sejak bah besar pada 2006.



Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan bantuan RM10 juta bagi mangsa banjir di Johor disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), bagi membeli barang keperluan dan bantuan tambahan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >