Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BANJIR DI RANTAU

Banjir di M'sia tambah baik, tapi musim monsun masih aktif

Dec 28, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Musim Monsun Timur Laut (MTL) masih aktif walaupun beberapa negeri di Pantai Timur kurang mengalami hujan.



Pengerusi Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Fredolin Tangang, berkata kitaran MTL secara puratanya bermula sekitar pertengahan November sehingga penghujung Februari atau awal Mac.



Katanya, selagi musim monsun masih aktif, risiko hujan lebat masih tinggi dan boleh berlaku.



"Pada tahun lalu misalnya, banjir di Pantai Timur juga berlaku hampir di penghujung musim Monsun Timur Laut.



"Selain luruan sejuk, faktor fenomena iklim yang sedang berlaku seperti fenomena La Nina dan negatif Indian Ocean Dipole juga boleh menyumbang dalam meningkatkan penumpuan kelembapan ke kawasan kita, seterusnya hujan lebat.



"Begitu juga dengan fenomena Ayunan Madden-Julian, jika pergerakannya dari Lautan Hindi ke Lautan Pasifik berada pada fasa tiga hingga empat, ia boleh meningkatkan kelembapan dan hujan lebat," katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM), semalam.



Prof Fredolin menerangkan, pada setiap musim MTL, bilangan episod luruan sejuk adalah sekitar lima episod secara purata dengan pelbagai kekuatan dan tempoh episod.



Katanya, kewujudan luruan itu bergantung kepada pembentukan sistem tekanan tinggi atmosfera di kawasan Siberia dan ia sukar diramal dalam tempoh melebihi tujuh hingga 10 hari lebih awal.



"Oleh itu, orang ramai perlu sentiasa berpandukan ramalan daripada pihak berkuasa seperti Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) jika berkaitan cuaca dan hujan lebat, manakala banjir pula dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)," katanya.



Media tempatan semalam melaporkan, situasi banjir di Kelantan dan Terengganu bertambah baik dengan bilangan mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semakin berkurangan setakat pagi semalam.



Sementara itu, MetMalaysia semalam turut mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora (kategori pertama) di beberapa negeri termasuk di Pantai Timur sehingga Khamis ini.



Angin kencang Timur Laut berkelajuan 40-50 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.



Keadaan angin kencang dan laut bergelora berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >