Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir: Mangsa bertambah di Kelantan, reda sedikit di Johor

Dec 02, 2023 | 02:09 PM



KUALA LUMPUR: Hujan lebat sejak 1 Disember telah menyebabkan beberapa kawasan di Kelantan terus dinaiki air, menambah bilangan mangsa banjir kepada lebih 650 orang daripada sekitar 200 keluarga.


Ini berbanding sekitar 600 orang daripada 180 keluarga pada hari sebelumnya.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) juga bertambah kepada lima berbanding tiga pada 1 Disember. 

Di kawasan Pasir Mas, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh menempatkan 226 mangsa daripada 77 keluarga dan 64 orang daripada 26 keluarga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial.

Di Bachok, 241 mangsa daripada 66 keluarga berlindung di PPS SMK Beris Panchor dan SK Jelawat pula menempatkan 114 mangsa daripada 35 keluarga manakala di jajahan Machang PPS SK Pulai Chondong menempatkan 10 mangsa daripada tiga keluarga.

Dalam pada itu, di Johor,  jumlah mangsa banjir kilat dari lima kampung di Johor Bahru menurun sedikit kepada 565 orang pada 2 Disemberi, berbanding 582 orang pada 8 malam, 1 Disember.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa daripada 150 keluarga itu ditempatkan di PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru dan SK Bukit Mutiara.

Menurut kenyataan itu, seramai 312 orang daripada 84 keluarga dari Kampung Paya Kenangan, Kampung Pasir Tebrau dan Kampung Kangkar Tebrau ditempatkan di PPS SK Bukit Mutiara.

PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru pula menempatkan 253 orang daripada 66 keluarga dari Kampung Sentosa Damai dan Kampung Sentosa Barat. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >