Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Banjir di Terengganu, Kelantan memburuk, mangsa kini lebih 5,000

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Banjir di Terengganu, Kelantan memburuk, mangsa kini lebih 5,000

Nov 22, 2023 | 02:59 PM



Gelombang banjir di Terengganu dan Kelantan semakin memburuk dengan peningkatan mendadak jumlah mangsa kepada 5,071 orang setakat 1 tengah hari pada Rabu.

Portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan, pada hari ketiga banjir di Terengganu, jumlah mangsa bertambah kepada 4,623 mangsa melibatkan 1,240 keluarga yang kini dipindahkan ke 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah terjejas.

Ia menunjukkan peningkatan berbanding 1,774 mangsa daripada 488 keluarga yang dipindahkan ke 14 PPS di empat daerah pada Selasa.

Lima daerah yang terjejas ialah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan yang terbaru Besut serta Dungun, manakala PPS di Setiu sudah ditutup pada Rabu selepas lapan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Kelantan sudah mula membuka tujuh PPS yang menempatkan 409 mangsa daripada 105 keluarga membabitkan daerah Pasir Putih, Bachok dan Machang.

Keadaan bah di Perak pula sudah semakin pulih dan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 39 orang daripada 14 keluarga di satu pusat pemindahan.

Bilangan sekolah yang terpaksa ditutup secara sementara berikutan banjir di Terengganu sejak 20 November meningkat kepada 34 buah pada Rabu.

Jabatan Pendidikan Terengganu melaporkan daripada jumlah itu, sembilan sekolah ditutup berikutan dinaiki banjir, manakala 25 sekolah lagi dijadikan PPS.

Sementara itu, seorang bayi baru dilahirkan adalah antara mangsa banjir di Setiu yang dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menerusi perkongsian di laman Facebook APM Terengganu pada Rabu, bayi berkenaan dilaporkan perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan akibat penyakit kuning setiap hari di Klinik Kesihatan Seri Langkap, Setiu.

Namun, banjir di Setiu menyebabkan beberapa jalan terputus hubungan kerana dinaiki air dan ibu bapa bayi berkenaan tidak dapat membawanya ke klinik.

“Sehubungan itu, Pusat Kawalan Operasi Setiu menghantar kenderaan pacuan empat roda, ambulans dan lapan anggota bagi membantu mangsa untuk ke klinik kerana laluan dari kediaman mereka dinaiki air,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan, berdasarkan analisis model cuaca, penumpuan angin monsun dijangka berlaku di timur dan utara Semenanjung sehingga 28 November 2023.

Menurut satu kenyataan, Met Malaysia berkata keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit.

“Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan.

“Sehubungan itu, Met Malaysia telah mengemas kini amaran hujan berterusan (buruk dan waspada) yang melibatkan negeri Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang berkuat kuasa sehingga 23 November.

“Sementara bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang pula ia berkuat kuasa sehingga 24 November. Amaran angin kencang dan laut bergelora turut dikemas kini berkuat kuasa sehingga 24 November.

“Di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku dalam tempoh berkenaan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >