Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bank pusat AS hentikan seketika kenaikan kadar faedah

Jun 15, 2023 | 12:48 PM



WASHINGTON:  Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika Syarikat mengundi pada Rabu untuk menghentikan seketika kempen agresif kenaikan kadar faedahnya walaupun dalam keadaan inflasi “meningkat”, sambil memberi isyarat peningkatan mendadak mungkin diperlukan sebelum hujung tahun.


“Ia memberi ekonomi sedikit masa lagi untuk membuat penyesuaian sedang kita membuat keputusan kita dalam melangkah ke hadapan,” kata pengerusi Fed, Encik Jerome Powell, di satu sidang akhbar, selepas keputusan itu diumumkan.

Selepas 10 kenaikan berturut-turut, jawatankuasa penetapan kadar Fed mengundi untuk mengekalkan kadar pinjaman penanda arasnya antara 5 peratus dengan 5.25 peratus, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.

Keputusan itu memberi masa kepada penggubal dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) “untuk menilai maklumat tambahan dan kesannya terhadap dasar kewangan,” kata Fed.

Langkah itu secara amnya selaras dengan jangkaan penganalisis.

Tetapi anggota FOMC juga membayangkan bahawa lebih banyak pengetatan kewangan menanti, menaikkan unjuran purata untuk kadar faedah pada hujung tahun ini sebanyak setengah mata peratusan lagi.

Ini menunjukkan Fed mungkin perlu menaikkan kadar dua kali lagi sebelum tahun ini berakhir.

“Memandang ke hadapan, hampir semua peserta jawatankuasa melihat kemungkinan bahawa beberapa kenaikan kadar selanjutnya adalah sesuai tahun ini untuk menurunkan inflasi kepada 2 peratus,” kata Encik Powell.

Ekonomi Amerika telah menunjukkan tanda-tanda menjadi perlahan, dengan Fed baru-baru ini meramalkan kemelesetan sederhana akan bermula menjelang hujung tahun ini.

Tetapi walaupun dengan kempen Fed mengetatkan kewangan, inflasi tahunan kekal “tinggi” melebihi sasaran jangka panjang bank pusat Amerika sebanyak dua peratus, kata Fed, manakala pengangguran kekal rendah.

Petunjuk terkini juga mencadangkan “kegiatan ekonomi terus berkembang pada kadar yang sederhana”, tambahnya.

The Fed juga mengeluarkan ramalan ekonomi yang dikemas kini pada Rabu, menaikkan unjuran pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) 2023 kepada 1 peratus daripada 0.4 peratus pada Mac.

Jangkaan inflasi median untuk tahun itu turun sedikit kepada 3.2 peratus.

Inflasi teras, yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga yang tidak menentu, meningkat kepada kadar tahunan 3.9 peratus, kata Fed.

Encik Powell berkata ekonomi berdepan “cabaran” daripada keadaan kredit yang lebih ketat selepas keruntuhan beberapa pemberi pinjaman serantau awal tahun ini.

“Mungkin masuk akal untuk kadar bergerak lebih tinggi, tetapi pada kadar yang lebih sederhana,” katanya.

Menjelang keputusan pada Rabu, anggota FOMC telah bercanggah tentang laluan terbaik ke hadapan dengan segelintir mereka meminta kadar dinaikkan dan yang lain meminta untuk kenaikan dihenti seketika.

Akhirnya, Fed membuat keputusan sebulat suara untuk memastikan kadar yang stabil, sambil meramalkan laluan ke hadapan yang lebih agresif daripada yang dijangkakan ramai penganalisis. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >