Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Bantah Israel sertai Piala Dunia Bawah 20: Jokowi seru usah campur sukan, politik

Mar 30, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, berkata penyertaan Israel dalam pertandingan bola sepak Piala Dunia Bawah 20 tahun, yang dihos negaranya, tidak merubah dasar luar negara itu.



Sekalipun banyak bantahan dari dalam negara, pemimpin Indonesia itu menegaskan sukan dan politik tidak boleh dicampur aduk.



Encik Widodo mengesahkan beliau telah menghantar Encik Erick Thohir, seorang menteri kabinet dan bekas pengerusi kelab bola sepak Inter Milan yang juga ketua persatuan bola sepak negara itu, (PSSI), untuk berunding dengan badan induk bola sepak dunia Fifa, selepas pengundian pertandingan dibatalkan, berikutan bantahan terhadap penyertaan Israel.



Beliau juga menegaskan tentang sokongan Indonesia terhadap Palestin dan huraian dua negara bagi konfliknya dengan Israel.



Beliau berkata kelayakan Israel dalam pertandingan itu ditentukan pada Julai 2022, lama selepas Indonesia dipilih menjadi tuan rumah.



"Dengan ini saya memberi jaminan bahawa penyertaan Israel tiada kaitan dengan pendirian dasar luar negara terhadap Palestin, kerana sokongan kita terhadap Palestin sentiasa kukuh," kata Encik Jokowi dalam satu siaran langsung.



"Jangan campurkan perkara-perkara sukan dan politik."



Indonesia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan bantahan yang diadakan di Jakarta baru-baru ini mendesak supaya Israel tidak diterima menyertai pertandingan dari 20 Mei hingga 11 Jun itu.



Sebahagian besar penduduk Indonesia beragama Islam dan mengamalkan kesederhanaan, sekalipun kebelakangan pendirian beragama secara konservatif mula menyerap dalam politik di negara itu.



PSSI pada Ahad lalu berkata pengundian bagi pertandingan yang disertai 24 negara itu, awalnya dijadualkan pada Jumaat.



Tetapi ia dibatalkan selepas Encik Wayan Koster, Gabenor Bali, yang sebahagian besar penduduknya penganut Hindu, enggan menerima pasukan Israel.



Encik Wayan mendesak Kementeri Belia dan Sukan Indonesia supaya "mengamalkan dasar melarang pasukan Israel daripada menyertai pertandingan di Bali" kerana konflik mereka dengan Palestin, lapor media yang memetik surat dari beliau.



Pejabat gabenor itu tidak segera memberi respons apabila diminta membuat ulasan.



Encik Wayan memberitahu media pada Isnin beliau menurut "pendirian pemerintah".



Presiden Jokowi pada Selasa tidak pula menyebut apa yang akan disarankan oleh Encik Thohir kepada Fifa.



Pembatalan undian itu menimbulkan kebimbangan Indonesia akan kehilangan hak menjadi tuan rumah, dan sekali lagi bola sepak negara itu akan dipulau.



Indonesia pernah digantung oleh Fifa hingga Mei 2016 gara-gara campur tangan pemerintah.



Ia juga sedang berusaha membangunkan semula reputasinya selepas kejadian rusuhan di stadium di Jawa Timur pada 2022, yang mengakibatkan kematian 135 penonton, selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata.



Encik Muhadjir Effendy, pemangku menteri sukan, pada Selasa lalu memberitahu Parlimen satu penyelesaian harus dicari dan menjadi tuan rumah bagi pertandingan ini amat penting bagi sukan bola sepak Indonesia.



"Kami sedang mencuba beberapa pilihan, dan yang terbaik. Kami berharap pertandingan ini dapat diadakan di Indonesia." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >