RAMALLAH: Pertelingkahan antara penunjuk perasaan Palestin dan tentera Israel meletus semalam di Ramallah dan tempat lain di Tebing Barat dan Jaluran Gaza, sehari selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pentadbirannya akan mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu negara Israel.
Sekurang-kurangnya 31 orang cedera akibat tembakan dan peluru getah Israel, kata paramedik.