JAKARTA: Ribuan warga Indonesia semalam menyertai tunjuk perasaan besar-besaran di ibu kota Jakarta, sekali gus mencetuskan kebimbangan akan berlaku keganasan.
Bantahan itu tercetus selepas Gabenor Basuki Tjahaja Purnama, atau juga dikenali sebagai Ahok, seorang etnik Cina dan minoriti Kristian, mengkritik lawannya yang memetik ayat Al-Quran bagi menyerang beliau menjelang pilihan raya gabenor pada Februari ini.