Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bantuan dunia mencurah susuli gempa di Maghribi

Kebanyakan operasi cari dan menyelamat di kawasan pergunungan terpencil dijalankan pasukan tempatan
Sep 11, 2023 | 03:54 PM



MARRAKESH: Beberapa negara menawarkan bantuan dan sokongan selepas gempa bumi melanda Maghribi, tetapi kebanyakan operasi mencari dan menyelamat di kawasan pergunungan terpencil dijalankan sendiri oleh pasukan tempatan dan Rabat belum mengeluarkan permintaan bagi bantuan antarabangsa.


Selepas gempa kuat lewat malam Jumaat itu mengorbankan lebih 2,000 orang, Maghribi menjalin hubungan dua hala dengan negara tertentu yang diberi kuasa untuk menghantar pasukan mencari dan menyelamat.

Ini termasuk Tunisia, yang menghantar 50 paramedik dan kakitangan daripada unit khusus, serta anjing pengesan, peranti pemantauan haba canggih, dron untuk mengesan mangsa di bawah runtuhan bangunan.

Qatar turut menghantar pasukan penyelamat dan kru perubatan.

Menteri Luar Sepanyol, Encik José Manuel Albares, berkata pada Ahad bahawa Madrid juga akan menghantar pasukan mencari dan menyelamat serta bantuan, selepas menerima permintaan rasmi untuk bantuan daripada Maghribi.

“Ia adalah tanda perpaduan Sepanyol dan rasa persahabatan yang menyatukan rakyat Sepanyol dengan rakyat Maghribi,” kata Encik Albares kepada Radio Catalunya, selepas menerima panggilan daripada rakan sejawatannya dari Maghribi.


Pasukan mencari dan menyelamat tentera Sepanyol yang terdiri daripada 56 askar dan empat anjing pengesan telah diterbangkan ke Marrakesh.

Negara jiran Algeria, yang mempunyai hubungan sukar dengan Maghribi, membuka ruang udaranya, yang telah ditutup selama dua tahun, kepada penerbangan yang membawa bantuan kemanusiaan dan mangsa yang cedera.

Negara lain berkata pasukan mencari dan menyelamat pakar mereka bersedia jika Maghribi memanggil mereka, termasuk Turkey, Amerika Syarikat dan Taiwan.

Pihak berkuasa Perancis berkata mereka bersedia membantu Maghribi tetapi akan menunggu permintaan rasmi.

“Perancis bersedia menawarkan bantuannya kepada Maghribi jika ia memutuskan langkah itu berguna,” kata Presiden Emmanuel Macron pada Ahad semasa sebuah sidang akhbar di sidang puncak Kumpulan 20 (G20) di New Delhi.

Jurucakap kementerian luar Perancis, Cik Anne-Claire Legendre, dipetik TV Perancis sebagai berkata: “Kedutaan kami di Maghribi digerakkan sepenuhnya…. Hari ini, pihak berkuasa Maghribi bertanggungjawab ke atas segalanya... Penilaian [keadaan] sedang dijalankan.”


Cik Sylvie Brunel, seorang profesor geografi yang pernah bekerja dengan sebuah badan tidak mencari untung, berkata kepda Le Figaro: “Sebagai sebuah negara baru muncul, yang melihat dirinya sebagai rakan sembang dengan Eropah dan bercita-cita mendapatkan status kuasa serantau di Afrika, Rabat ingin menunjukkan ia berdaulat, mampu menjalankan sendiri operasi mencari dan menyelamat.”


Beliau berkata disebabkan kawasan pergunungan terpencil yang terjejas akibat gempa bumi, kerja menyelamat kecemasan utama akan bergantung pada pasukan Maghribi tempatan dalam tempoh 48 jam pertama.

Di Perancis, yang terdapat sejumlah besar warganegara Perancis-Maghribi serta ramai pelajar dan penduduk Maghribi, beberapa pihak berkuasa serantau mengumumkan mereka akan menyediakan bantuan kemanusiaan dan kemudiannya bantuan untuk pembinaan semula.

Pemimpin serantau di Occitanie, Corsica dan Provence-Alpes-Côte d’Azur, di selatan Perancis, berkata dalam satu kenyataan bersama bahawa mereka akan menyediakan 1 juta euro ($1.46 juta) kerana wilayah mereka “mempunyai hubungan Mediterranean yang kuat” dan justeru itu sedia menghulurkan sokongan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >