Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Lebih ramai mangsa gempa Maghribi pilih tidur di jalanan

WHO anggar lebih 300,000 penduduk terjejas oleh bencana
Sep 10, 2023 | 06:35 PM



MARRAKESH (Maghribi): Apabila angka kematian gempa bumi paling dahsyat di Maghribi melepasi lebih 2,000 orang, ia merupakan sesuatu yang cukup memilukan dan meragut tangkai hati umat dunia.


Di kawasan kediaman yang terjejas, kelihatan banyak keluarga yang berkumpul di jalanan Marrakesh dan menghabiskan masa malam kedua sesudah bencana alam itu di pinggir jalan.

Walaupun ada yang rumahnya seperti sediakala, rasa tidak selamat dan diburu bahaya sering mengasak jiwa sehingga mereka enggan berada dalam rumah berkenaan lagi.

Ketidakpastian mencengkam jiwa ramai di Marrakesh, kira-kira 70 kilometer timur laut pusat gempa, kerana orang ramai ini bimbang gempa bumi yang telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa mungkin telah merosakkan kediaman mereka atau gegaran susulan boleh memusnahkan kehidupan mereka dalam masa beberapa jam atau hari akan datang.

Sejak gempa bumi dahsyat itu melanda Jumaat lalu, bencana paling teruk yang menjejas Maghribi sejak 1960, Encik Mouhamad Ayat Elhaj, 51 tahun, tidur di jalanan bersama keluarganya berhampiran beberapa bangunan bersejarah di situ selepas mendapati tanda-tanda kerosakan pada rumahnya, termasuk keretakan pada dinding.

“Saya tidak boleh tidur di sana (rumahnya). Saya meminta pihak berkuasa membantu saya dan membawa pakar yang tahu tentang kesan gempa untuk menilai sama ada saya boleh kembali ke rumah atau tidak. Jika ada risiko, saya tidak akan kembali ke rumah,” katanya kepada Reuters.


Di hampir keseluruhan Maghribi, orang ramai bermalam di luar rumah sejak gempa melanda pada Jumaat. Menjelang Sabtu, jumlah mereka yang terkorban telah meningkat kepada 2,012 orang sementara 2,059 lagi cedera, jelas Kementerian Ehwal Dalam Negeri Maghribi.

Sebahagian bangunan bersejarah Marrakesh, tarikan pelancong yang popular untuk penduduk Maghribi dan warga asing, telah rosak akibat gempa bumi itu.

Pada Sabtu, penduduk Maghribi dan warga asing berjalan merentasi bandar purba itu sambil mengambil gambar kerosakan dan makan di restoran popular manakala yang lain berkumpul untuk tidur di dataran utama.

Encik Noureddine Lahbabi, seorang pesara berusia 68 tahun yang mempunyai empat anak, berkata beliau bersedia untuk tidur di luar untuk malam kedua selepas gempa itu kerana tidak dapat memandang kerosakan yang dialami oleh rumah orang lain yang cukup menyedihkan.

“Ia pengalaman yang memeritkan. Apabila ini berlaku kepada saudara seagama anda, ia benar-benar merentap tangkai hati dan meruntun jiwa,” ujarnya.

Encik Mohamed Aithadi, seorang warga Maghribi-Syarikat, sedang meninjau kerosakan sebuah masjid di kota lama dengan jalanan bertembok dan lorong sempit yang dipanggil ‘Medina’ pada Sabtu.

Tempat itu berhampiran tempat tinggal ibunya.

Beliau berkata dirinya berada di dataran utama ‘Medina’ ketika gempa bumi melanda dan pada Sabtu menggesa rakyat Maghribi lain agar menjaga anggota keluarga yang berusia atau kurang upaya secara berhati-hati.

“Saya amat yakin bahawa rakyat kita, rakyat Maghribi dan masyarakat Maghribi dapat bersama-sama mengharungi semua ini dengan selamat dan aman,” katanya.

Jauh dari ‘Medina’ itu, beberapa keluarga sedang tidur di kawasan lapang dan di sepanjang jalan.

Jowra, 11 tahun, kedengaran mengeluh kepada bapanya kerana terpaksa tidur berhampiran orang yang tidak dikenali.

Maghribi telah mengisytiharkan tiga hari berkabung manakala Raja Mohammed VI menyeru penduduk agar menghimpun doa dengan masjid seluruh negara melakukan upacara berdoa pada Ahad.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata lebih 300,000 orang terjejas akibat bencana itu.

“24 hingga 48 jam akan datang menjadi kritikal dari segi menyelamatkan nyawa,” kata Cik Caroline Holt, pengarah operasi global untuk Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, dalam satu kenyataan.

Usaha mencari dan menyelamat akan diutamakan di samping memastikan mangsa yang terselamat dijaga, katanya, sambil menyatakan kepentingan menyediakan minuman yang selamat. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >