Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SUSULAN GEMPA DI TURKEY DAN SYRIA

Bantuan kemanusiaan bagi keperluan asas mula tiba di Syria

Feb 11, 2023 | 05:30 AM



BAB AL-HAWA (Syria): Konvoi bantuan untuk mangsa gempa bumi di Syria telah tiba di negara itu menerusi sempadan Bab al-Hawa.



"Konvoi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pertama masuk hari ini (semalam)," kata pegawai media, Encik Mazen Alloush.



Keadaan menjadi getir apabila gempa bumi melanda kawasan barat laut Syria yang dikuasai pemberontak, dengan pemerintah Syria yang dipimpin Encik Bassar al-Assad, memutuskan proses bantuan harus dilaksanakan menerusi pemerintahnya.



Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) dalam satu kenyataan berkata penghantaran termasuk selimut, tilam, khemah dan barangan bantuan asas untuk menampung keperluan sekurang-kurangnya 5,000 orang.



"Kami bekerja sangat rapat dengan pihak berkuasa untuk menyokong dalam apa jua cara yang kami boleh dan berharap bantuan akan segera sampai kepada mereka yang paling terjejas," kata Ketua IOM, Encik Antonio Vitorino.



Bagaimanapun kumpulan penyelamat Syria, White Helmets, yang beroperasi di kawasan yang dikuasai pemberontak berkata mereka kecewa dengan bantuan itu, yang disifatkan mereka hanyalah sebahagian daripada penghantaran biasa atau "rutin".



"Ini sememangnya bukan bantuan dan peralatan khas untuk pasukan mencari dan menyelamat," kata mereka dalam satu kenyataan di Twitter.



"Ini membuatkan kami sangat kecewa pada masa kami terdesak untuk mendapatkan peralatan sedemikian bagi membantu menyelamatkan nyawa dari bawah runtuhan."



Pasukan White Helmets sebelum ini merayu bantuan antarabangsa dalam "perlumbaan melawan masa" mereka.



Mekanisme penyampaian bantuan dari Turkey ke kawasan Syria yang dikuasai pemberontak melalui lintasan Bab al-Hawa adalah satu-satunya cara bantuan PBB boleh sampai kepada orang awam tanpa melalui kawasan yang dikawal oleh tentera kerajaan Syria.



Walaupun lintasan itu sendiri tidak terjejas oleh gempa bumi, jalan menuju ke sana rosak, mengganggu sementara operasi, kata jurucakap PBB pada Selasa lalu.



Utusan khas PBB, Encik Geir Pedersen, sebelum ini berkata tindak balas kecemasan di Syria seharusnya tidak dipolitikkan berikutan ia antara gempa bumi paling dahsyat yang pernah berlaku di rantau itu dalam tempoh kira-kira satu abad.



Beliau memberitahu pemberita di Geneva bahawa PBB telah "dijamin hari ini bahawa kita akan dapat melalui bantuan pertama".



Pesawat yang membawa bantuan dari Amiriah Arab Bersatu (UAE), Russia, Iran dan negara lain telah mendarat sejak Isnin di lapangan terbang yang dikawal pemerintah Syria di Damsyik, Aleppo dan Latakia.



Pasukan penyelamat telah mencari mangsa yang terselamat yang masih terperangkap di bawah runtuhan.



Penyelaras PBB di Syria, Encik El-Mostafa Benlamlih, memberitahu agensi AFP Rabu lalu bahawa tiada penghantaran bantuan kemanusiaan baru dihantar ke barat laut yang dikuasai pemberontak dari dalam Syria dalam masa kira-kira tiga minggu.



Beliau berkata PBB mempunyai beberapa stok di kawasan itu - cukup untuk memberi makan kepada 100,000 orang untuk seminggu.



Bercakap dari Damsyik, Encik Benlamlih berkata kemusnahan di wilayah yang dikuasai pemerintah adalah besar.



"Tetapi kita juga tahu bahawa kemusnahan di barat laut adalah besar dan kita perlu ke sana untuk menilai." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >