Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09

Bantuan kemanusiaan mula dihulur di bandar Homs

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Bantuan kemanusiaan mula dihulur di bandar Homs

Feb 07, 2014 | 06:08 PM

DAMSYIK: Bantuan kemanusiaan dijangka mula dihulurkan di bandar Homs hari ini selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berjaya mencapai persetujuan di antara pemerintah Syria dengan para pemberontak untuk menghentikan pertempuran seketika.

Perjanjian itu bertujuan membolehkan kaum wanita, kanak-kanak dan warga tua serta mangsa yang cedera meninggalkan bandar itu dan bantuan kemanusian dihulurkan.

Bantuan itu dijangka melegakan penderitaan sekitar 2,500 penduduk Homs, yang terperangkap bersama beberapa ratus pemberontak tanpa sebarang bekalan tetap makanan atau perubatan ekoran dikepung oleh askar pemerintah Syria sejak hampir dua tahun lalu.

Di Washington, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Cik Jen Psaki, menyambut baik pengumuman PBB itu tetapi berkata langkah itu tidak mencukupi.

"Rakyat biasa harus dibenarkan untuk keluar dan masuk secara bebas, dan pengagihan bantuan kemanusiaan tidak seharusnya dijadikan alat tawar menawar politik," kata beliau. - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3