Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bantuan tersekat paksa penduduk Gaza mengemis roti, harga naik 50 kali ganda

Dec 15, 2023 | 12:42 PM



KAHIRAH (Mesir): Penduduk Gaza terpaksa mengemis roti, membayar 50 kali ganda untuk setin kacang dan menyembelih keldai untuk menyara keluarga kerana trak bantuan makanan tidak dapat sampai akibat pengeboman Israel.


Tindakan tentera Israel terus menggempur Jaluran Gaza untuk memusnahkan Hamas menyebabkan hampir mustahil untuk konvoi bantuan mengagihkan makanan kepada penduduk yang dirundung masalah kelaparan.

Pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Banga Bersatu (PBB) berkata pada 14 Disember bahawa pengagihan bantuan terhad dilakukan di Rafah, berhampiran sempadan Mesir, yang menempatkan separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza.

“Pengagihan bantuan di Gaza sebahagian besarnya telah dihentikan, disebabkan oleh sengitnya pertempuran dan sekatan ke atas pergerakan di sepanjang jalan utama,” katanya.

“Bantuan? Bantuan apa? Kami mendengarnya tetapi kami tidak dapat melihatnya,” kata Encik Abdel-Aziz Mohammad, 55 tahun, yang berpindah dari Bandar Gaza dan berteduh bersama keluarganya dan tiga yang lain di rumah kenalannya yang tinggal lebih jauh ke selatan.

“Saya pernah mempunyai sebuah rumah besar, dua peti ais penuh dengan makanan dan air minuman... selepas dua bulan perang ini, saya terpaksa mengemis bagi mendapatkan beberapa ketul roti,” katanya menerusi telefon.

“Ia adalah perang kelaparan. Mereka (Israel) memaksa kami keluar dari rumah kami, mereka memusnahkan rumah dan perniagaan kami dan menghalau kami ke selatan untuk menghantar nyawa di bawah letupan bom mereka atau mati kelaparan,” tambah Encik Abdel-Aziz.

Ketua agensi PBB untuk pelarian Palestin, Unrwa, berkata bahawa para penduduk yang kelaparan terpaksa menghentikan trak bantuan untuk mengambil makanan dan memakannya dengan segera.

Di utara Gaza, yang menanggung beban serangan tentera Israel semasa fasa pertama perang, antara 7 Oktober dengan tempoh bermulanya gencatan senjata pada 24 November, pertempuran sengit yang disambung menyebabkan bantuan kemanusiaan terhalang sejak gencatan senjata berakhir pada 1 Disember.

Encik Youssef Fares, seorang wartawan dari Jabalia di utara Gaza, berkata bahan makanan seperti tepung kini begitu sukar didapati sehingga harga meningkat 50 hingga 100 kali ganda berbanding sebelum perang.

“Pagi ini saya pergi mencari sebuku roti... tetapi saya tidak menemuinya. Apa yang tinggal di pasaran ialah gula-gula untuk kanak-kanak dan beberapa tin kekacang yang telah naik 50 kali ganda harganya,” tulisnya dalam catatan di Facebook.

“Saya lihat seseorang sedang menyembelih seekor keldai untuk diberi makan kepada ratusan ahli keluarganya,” katanya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >