Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bas ekspres terbalik dekat Simpang Renggam, tiada yang cedera

Nov 4, 2023 | 3:58 PM
Bangunan Lembaga Lebuhraya Malaysia
Bangunan Lembaga Lebuhraya Malaysia - Foto FACEBOOK LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA

KLUANG: Sebuah bas ekspres yang membawa 11 penumpang, terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Simpang Renggam di sini, awal pagi Sabtu.

Kemalangan di Kilometer 51 arah selatan di lebuhraya itu, dilaporkan pada 4.43 pagi, kata komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Renggam, Encik Shoromi Salih.

“Pasukan kami tiba di tempat kejadian, mendapati bas itu dalam keadaan terbalik di tengah-tengah lebuh raya.

“Pemandu bas berusia 45 tahun itu, mengalami kecederaan manakala penumpang, lima wanita dan enam lelaki, selamat tanpa cedera.

“Penumpang berjaya keluar dari bas dengan selamat sebelum kami tiba,” katanya, lapor akhbar The Star.

Beliau memberitahu bahawa para penumpang bas tersebut adalah mereka yang berusia antara 26 hingga 55 tahun.

Pemandu yang cedera sedang menjalani rawatan dan punca kemalangan masih dalam siasatan, katanya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg