Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Bayar tol lebuh raya guna kad debit, kredit

Mar 23, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pengguna lebuh raya akan boleh menggunakan sistem pembayaran terbuka, termasuk kad kredit dan kad debit di lima lebuh raya Malaysia selewat-lewatnya September ini - tidak lagi terhad kepada sistem pembayaran berasaskan Touch 'n Go.



Mengumumkan demikian, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata lebuh raya berkenaan ialah Lebuh Raya Sungai Besi, Lebuh Raya Baru Pantai, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuh Raya Koridor Guthrie - semuanya di kawasan Lembah Klang - selain Jambatan Pulau Pinang.



Jika aturan baru itu terbukti berjaya, lebih banyak lebuh raya boleh ditukar kepada pembayaran serupa.



Datuk Nanta berkata sistem itu akan dinilai pada Oktober sebelum dipertimbangkan untuk dilaksanakan di semua lebuh raya di seluruh negara.



"Sejak awal tahun ini, kami telah berbincang dengan syarikat konsesi lebuh raya mengenai langkah ke arah pelaksanaan sistem pembayaran terbuka," katanya dalam satu catatan Facebook.



"Pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini antara inisiatif awal sebagai peralihan kepada arah Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang sedang giat diusahakan."



Pada Isnin, Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke, dilaporkan berkata pihaknya sudah mengarahkan semua agensi termasuk operator pengangkutan awam di bawah kementeriannya untuk mengaplikasikan satu sistem pembayaran terbuka.



Beliau berkata buat masa ini, tempoh beberapa bulan diperlukan untuk mengintegrasikan sistem pembayaran terbuka itu.



Langkah terbaru itu menyusuli kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memberi bayangan bahawa monopoli Touch 'n Go (TnG) mungkin ditimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu.



Berkaitan langkah tersebut, Datuk Nanta berkata pelaksanaan MLFF akan dilaksanakan secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.



Melalui pelaksanaan MLFF, katanya, sistem pembayaran terbuka akan dilaksanakan bagi kutipan tol di semua lebuh raya sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai pihak penyedia kemudahan 'e-wallet' untuk turut serta selain menghentikan monopoli oleh TnG.



"Dengan itu, persaingan sihat akan wujud di antara pemain industri yang akan membuka lebih banyak pilihan kepada pengguna lebuh raya untuk membuat pembayaran tol sekali gus memberikan kemudahan kepada mereka.



"Saya berharap usaha ini akan mendapat kerjasama semua pihak dan memberi manfaat menyeluruh kepada semua terutamanya rakyat dan pengguna lebuh raya di negara ini," katanya.



Memberi reaksi, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memuji komitmen terbaru kerajaan Datuk Anwar ini yang akan membawa kepada pasaran kompetitif yang akhirnya akan memberi manfaat kepada orang ramai.



Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pula menyambut baik langkah itu menyifatkan tindakan itu sebagai salah satu inisiatif terbaik yang dibuat oleh kerajaan.



Setiausaha Agung Fomca, Datuk Paul Selva Raj, berkata kerajaan akhirnya mendengar aduan pengguna.



"Perkara ini sudah lama dibangkitkan dan kita bersyukur kerana Perdana Menteri telah mendengar rintihan rakyat," katanya.



Datuk Paul berkata TnG telah lama menguasai pasaran.



"Terdapat banyak aduan dan isu yang dibangkitkan mengenai penggunaan TnG, tetapi kerana ia memonopoli pasaran, sedikit yang dilakukan untuk menangani atau membetulkan masalahnya," katanya.



Beliau menambah, selama ini pengguna terpaksa menggunakan TnG kerana tiada alternatif tersedia. - The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >