MOSCOW: Seorang bayi baru lahir disahkan positif Covid-19 di wilayah Caucasus, Russia, dipercayai dijangkiti daripada ibunya, kata pegawai kesihatan dipetik oleh agensi berita TASS, semalam.
Kelahiran bayi itu di bandar Ossetia Utara, Beslan, adalah kes kedua yang diketahui mengenai bayi yang lahir positif Covid-19 di dunia selepas kes pertama di Peru, pertengahan bulan lalu.