NEW YORK - Para pegawai bomba sedang berusaha memadamkan api di East Harlem, Park Avenue, selepas beberapa bangunan runtuh berikutan satu letupan yang berlaku selepas 9 pagi (waktu tempatan) tadi.
Jabatan Kebakaran telah menghantar 39 unit peralatan dan 168 pegawai bomba ke tempat kejadian, kata jabatan tersebut menerusi Twitter rasminya.
Letupan itu dilaporkan berlaku sekitar 9.30 pagi (waktu tempatan) di 1644-66, kata jurucakap wanita jabatan itu, Cik Elisheva Zakheim, yang memberitahu agensi berita Bloomberg.
Katanya, 11 kecederaan ringan dilaporkan.
"Ia seperti sesuatu jatuh kerana ia bukan seperti kebakaran. Ia seperti serpihan-serpihan asap, serupa 9/11," kata seorang penduduk berdekatan kepada CBS News.