Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Beberapa nama muncul sebagai calon baru PM NZ

Antara yang disebut pengganti Ardern termasuk Menteri Pendidikan dan Menteri Kehakiman yang ada sekarang
Jan 21, 2023 | 05:30 AM



WELLINGTON: Calon untuk menggantikan Cik Jacinda Ardern sebagai Perdana Menteri New Zealand menyusuli pengumuman mengejut beliau mahu mengundur diri mula muncul semalam menjelang undian kepimpinan esok.



Cik Ardern, 42 tahun, berkata kelmarin beliau tidak berdaya lagi untuk terus memimpin negara, dan akan berundur selewat-lewatnya awal Februari dan tidak bertanding semula.



Encik Chris Hipkins, seorang menteri dalam kerajaannya dan pesaing utama untuk jawatan itu, memberitahu agensi berita Newshub semalam bahawa beliau menjangkakan anggota parlimen Parti Buruh akan mencapai kata sepakat mengenai calon baru, tetapi enggan menyatakan sama ada beliau bercadang mahu bertanding.



"Kami mempunyai tanggungjawab bagi memastikan kami membuat keputusan ini demi kepentingan terbaik warga New Zealand," katanya.



"Mereka benar-benar akan tahu siapa pemimpin seterusnya di akhir perbincangan itu."



Jika calon tidak dapat memperoleh dua pertiga daripada undi yang diadakan esok, persaingan kepimpinan akan dibuka kepada keanggotaan yang lebih luas.



Pengulas menunjukkan beberapa menteri Cik Ardern sebagai calon yang mungkin dicalonkan untuk peranan itu, termasuk Encik Hipkins sendiri, yang juga mantan menteri Covid-19 dan Menteri Pendidikan dan Polis semasa, serta Menteri Kehakiman, Cik Kiri.



Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Encik Grant Robertson, yang juga berkhidmat sebagai menteri kewangan, dalam satu kenyataannya, berkata bahawa beliau tidak berhasrat bertanding sebagai pemimpin Parti Buruh seterusnya.



Cik Ardern memberitahu media di Lapangan Terbang Napier semalam bahawa beliau berhasrat untuk kekal tidak berpihak semasa pilihan raya.



"Saya fikir perkara yang paling penting ialah kami memberi tumpuan kepada proses itu, ia pantas, yang (ia) memastikan bahawa pasukan dapat bergerak dengan cepat untuk memberi tumpuan kepada isu yang penting yang dihadapi warga New Zealand," katanya.



Beliau menambah bahawa beliau tidak menyesal dengan keputusannya mahu berundur daripada jawatannya itu.



Pemenang pilihan kepimpinan parti itu akan menjadi perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang.



Penggal Cik Ardern sebagai pemimpin akan berakhir selewat-lewatnya pada 7 Februari dan pilihan raya umum dijadualkan diadakan pada 14 Oktober.



Parti Buruh sedang menghadapi cabaran dalam tinjauan umum.



Tinjauan kendalian Kesatuan Pembayar Cukai-Curia yang dikeluarkan Jumaat, menggunakan data sebelum Cik Ardern meletak jawatan, menyaksikan populariti Parti Buruh jatuh kepada 31.7 peratus - turun 1.4 peratus berbanding bulan lalu, manakala pembangkang Parti Kebangsaan New Zealand meraih 37.2 peratus undi.



Tinjauan 1News-Kantar yang dikeluarkan pada Disember pula mendapati Parti Buruh mencapai 33 peratus - turun daripada 40 peratus pada awal 2022.



Ini bermakna walaupun dengan rakan gabungan tradisional Parti Hijau, yang meraih 9 peratus, Parti Buruh masih belum dapat meraih majoriti untuk membentuk kerajaan.



Cik Ardern menerima pujian di seluruh spektrum politik atas cara beliau menangani beberapa krisis seperti serangan pengganas di dua masjid di Christchurch pada 2019 dan kendalian wabak Covid-19 yang menyaksikan negara itu mengenakan beberapa langkah paling ketat di kalangan negara-negara dunia lain tetapi juga menyebabkan angka kematian antara yang terendah.



Namun, popularitinya telah merosot sejak setahun lalu apabila inflasi meningkat ke paras tertinggi dalam hampir tiga dekad, bank pusat telah meningkatkan kadar tunai secara agresif dan jenayah yang bertambah.



New Zealand juga menjadi semakin berpecah-belah dari segi politik berhubung isu-isu seperti usaha baik pulih prasarana air kerajaan dan pengenalan program pelepasan gas di sektor pertanian.



Pengganti Cik Ardern sebagai pemimpin parti dan perdana menteri berdepan ujian berat, dengan sokongan terhadap Parti Buruh jatuh dan negara itu dijangka mengalami kemelesetan suku tahun depan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >