Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Beberapa negara teroka perketat pengurusan Covid-19 susuli langkah China buka sempadan

Antara langkah diambil termasuk pertingkat pemeriksaan kesihatan dan uji air sisa
Jan 03, 2023 | 03:39 PM

BEBERAPA negara sedang meneroka pilihan untuk mengetatkan langkah pengurusan wabak Covid-19 di sempadan masing-masing, termasuk meningkatkan pemeriksaan kesihatan dan menguji air sisa, memandangkan kebangkitan semula kes di China dan langkah negara itu untuk membuka semula sempadannya.


Di Singapura, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan minggu lalu bahawa negara ini “bersedia meningkatkan langkah kesihatan sempadan jika perlu” dan ia “sedang memerhatikan situasi Covid-19 global dengan teliti”.


Di Malaysia, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan kaedah pembendungan penularan jangkitan Covid-19 dalam negara serta memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kesihatan di mana-mana pintu masuk negara.


Kesatuan Eropah (EU) telah menawarkan vaksin Covid-19 percuma kepada China dalam usaha membantu Beijing menangani penularan jangkitan virus itu.

Menurut seorang pegawai EU, inisiatif itu antara usaha Pesuruhjaya Kesihatan, Cik Stella Kyriakides, mengatur tindak balas berdepan gelombang jangkitan selepas Beijing menamatkan dasar sifar Covid.


Belgium pula akan menguji air kumbahan daripada pesawat yang tiba dari China bagi mengesan varian baru Covid-19, sebahagian daripada langkah baru negara itu mengekang penularan virus itu yang dilaporkan semakin meningkat.


Minggu lalu, beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Australia dan Canada berkata mereka akan mengenakan sekatan ujian ke atas ketibaan pengunjung dari China kerana kekurangan ketelusan mengenai data jangkitan dari negara Asia itu. – Agensi berita.

 

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >