SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bekalan, permintaan vaksin Covid-19 di AS hadapi tekanan

Bekalan, permintaan vaksin Covid-19 di AS hadapi tekanan

Jan 17, 2021 | 3:40 PM

Bekalan, permintaan vaksin Covid-19 di AS hadapi tekanan

535b20fe-d970-488c-9475-9de208695d88
-

NEW YORK: Kekurangan bekalan vaksin Covid-19 yang berterusan pada Sabtu (16 Jan) di Amerika Syarikat, telah diburukkan dengan permintaan yang semakin meningkat.

Ini selepas mereka yang sebelumnya diberi dos pertama vaksin mula kembali bagi dos kedua, sedang jutaan orang yang baru memenuhi syarat mendapatkan vaksin, mahu mendapatkan dos pertama mereka.

Jurang antara bekalan dan permintaan itu, yang timbul sedang usaha vaksinasi di Amerika memasuki bulan kedua, mendorong beberapa sistem penjagaan kesihatan untuk menangguhkan janji temu bagi pencari vaksin kali pertama, dengan satu sistem penjagaan kesihatan New York terpaksa membatalkan beberapa janji temu yang sudah dibuat.

"Sedang (angka) kelayakan meningkat, ini hanya meningkatkan permintaan, tetapi kami tidak dapat meningkatkan bekalan," kata jurucakap sistem Northwell Health, Encik Joe Kemp kepada Reuters.

Northwell, penyedia penjagaan kesihatan terbesar di New York, hanya akan menawarkan janji temu selepas mendapat lebih banyak vaksin, dan hanya setelah memperuntukkan dos kepada orang yang dijadualkan bagi suntikan kedua mereka, kata Encik Kemp. - Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg