Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas Gabenor Jawa Barat pilih Prabowo atau Ganjar sebagai calon Naib Presiden

Sep 11, 2023 | 03:32 PM



JAKARTA: Hanya beberapa jam desas-desus melaporkan bekas Gabenor Jawa Barat, Encik Ridwan Kamil dinamakan sebagai calon Naib Presiden kepada calon Presiden Encik Ganjar Pranowo, kini namanya pula disebut sebagai calon pendamping bagi Encik Prabowo Subianto.


Calon Naib Presiden itu menjadi sorotan utama media Indonesia apabila CNN Indonesia melaporkan pada Ahad, Setiausaha Agung Parti Gerindra, Encik Ahmad Muzani, menimbangkan untuk memilih Encik Ridwan sebagai pasangan kepada Encik Prabowo sebagai Naib Presiden.


“Ridwan Kamil adalah seorang yang mempunyai reputasi yang baik, terutama semasa beliau memegang jawatan gabenor Jawa Barat, dan Encik Prabowo menganggap beliau sebagai pasangan calon,” kata Encik Ahmad.

Hanya selang beberapa jam sebelum itu, Jakarta Post melaporkan bahawa Encik Ridwan menjadi sasaran untuk bertanding bersama Encik Ganjar sebagai calon naib presidennya.


Timbalan Setiausaha Agung, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Encik Ahmad Basarah, berkata antara pertimbangan parti untuk memilih Encik Ridwan bersama Encik Ganjar adalah kerana Encik Ridwan merupakan antara ketua wilayah yang berjaya memimpin Jawa Barat.

“Jadi faktor ini sebagai calon yang termasuk dalam pertimbangan ini,” kata Encik Ahmad Basarah di Jakarta.

Namun media utama melaporkan perbincangan berhubung calon Naib Presiden untuk mengiringi Encik Prabowo dan Encik Ganjar masih diproses oleh pimpinan parti gabungan masing-masing.

“Apabila tiba masanya, kita akan umumkan calon Naib Presiden yang akan mengiringi Tuan Prabowo,” kata Encik Ahmad Muzani selepas menghadiri acara penyatuan calon legislatif Parti Gerindra di Jawa Barat di Hotel Pullman, Kota Bandung pada Ahad.

Encik Ridwan belum mengulas mengenai pilihannya sama ada untuk bersama Encik Ganjar atau Encik Prabowo.

Beliau pada Selasa mengumumkan menamatkan tempoh jawatan gabenor Jawa Barat – sekali gus memulakan laluan berbeza menuju ke Pilihan Raya Umum (PRU), Februari depan.

Encik Ridwan, ahli politik Parti Golkar, sebelum ini menyatakan keterbukaan untuk bertanding semula sebagai Gabenor Jawa Barat pada 2024, walaupun beliau mendapat pilihan popular berdasarkan kajian awam bagi jawatan Naib Presiden.

Pilihan raya wilayah tahun depan ditetapkan untuk diadakan pada November selepas Pilihan Raya Presiden dan penggubal undang-undang pada Februari.

Tinjauan pendapat pula meramalkan Pilihan Raya Presiden akan menjadi saingan sengit di antara Encik Ganjar dengan Encik Prabowo yang kedua-duanya mendapat sokongan Presiden Encik Joko Widodo.

Encik Prabowo yang juga Menteri Pertahanan sebelum ini bertanding jawatan Presiden pada 2014 dan 2019, tetapi tewas kepada Encik Joko Widodo dalam kedua-dua pilihan raya berkenaan.

Seorang lagi calon Presiden, bekas Gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan telah menamakan pengerusi parti Islam terbesar Indonesia sebagai pasangannya untuk Pilihan Raya Presiden 2024.

Pilihan Naib Presidennya, Encik Muhaimin Iskandar yang mengetuai Parti Kebangkitan Nasional (PKB) mempunyai hubungan kuat dengan pertubuhan Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU), yang mempunyai 40 juta ahli.

Encik Prabowo dan Encik Ganjar masih belum menamakan secara rasmi pilihan Naib Presiden mereka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >