BEIJING: Mahkamah China telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada bekas setiausaha Parti Komunis di timur Hangzhou, dengan media pemerintah menyatakan dia didapati bersalah menerima rasuah lebih 182 juta yuan ($34 juta).
Hukuman terhadap Zhou Jiangyong, bekas ketua parti di bandar barat daya Shanghai yang menempatkan gergasi teknologi China seperti Alibaba dan Ant Group, didedahkan kepada umum di mahkamah di Chuzhou, di timur wilayah Anhui, pada Selasa, lapor stesen televisyen CCTV.
Zhou didapati secara peribadi atau melalui saudara-maranya menerima rasuah di bandar dan daerah di wilayah Zhejiang antara 2001 dengan 2021 sebagai balasan untuk membantu perjanjian melibatkan urusan berkaitan dengan pembinaan dan pengambilan tanah.
CCTV tidak menamakan mana-mana pihak lain yang terlibat. Hangzhou ialah ibu kota Zhejiang.
Dia dijatuhkan hukuman mati tetapi akan ditukar kepada penjara seumur hidup selepas dua tahun.
Zhou pertama kali disiasat kerana “pelanggaran disiplin dan undang-undang yang serius” pada Ogos 2021.
Dia dipecat daripada parti dan disingkirkan daripada jawatan itu beberapa bulan kemudian.
Zhou “menyokong pengembangan modal yang tidak teratur”, “menerima harta dalam jumlah besar secara haram dengan kerjasama saudara-mara” dan “terlibat dalam rasuah keluarga”, kata Suruhanjaya Pusat bagi Pemeriksaan Disiplin semasa mengumumkan penyenkiriannya itu. – Reuters.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg