Topic followed successfully
Go to BHkuBekas PM Israel bergabung untuk cabar Netanyahu dalam pilihan raya
Bekas PM Israel bergabung untuk cabar Netanyahu dalam pilihan raya
Apr 27, 2026 | 1:04 PM
Bekas PM Israel bergabung untuk cabar Netanyahu dalam pilihan raya
Bekas perdana menteri Israel, Naftali Bennett (dua dari kanan) dan Yair Lapid (dua dari kiri), bersama isteri masing-masing, Gilat Bennett (kanan) dan Lihi Lapid (kiri), menghadiri sidang media bersama di Herzliya, Israel, pada 26 April 2026. Kedua-dua pemimpin itu mengumumkan akan bertanding bersama dalam pilihan raya umum akan datang di bawah parti baharu yang disatukan. Pilihan raya umum Israel dijadualkan berlangsung pada 27 Oktober 2026. SULTAN - Foto EPA
TEL AVIV: Ketua pembangkang Israel berhaluan tengah, Encik Yair Lapid, dan bekas perdana menteri berhaluan kanan, Encik Naftali Bennett, mengumumkan pada Ahad bahawa mereka akan bergabung dalam pilihan raya yang dijangka berlangsung hujung tahun ini, dalam usaha mencabar kepimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
Kedua-dua tokoh itu berkata parti masing-masing, Yesh Atid dan Bennett 2026, akan disatukan di bawah satu parti baharu dikenali sebagai “Yachad”, yang bermaksud “bersama”, dengan Bennett sebagai pemimpin.
Laporan berkaitan
Netanyahu menang pilihan raya IsraelJul 24, 2024 | 2:14 PM
Ikrar PM baru Israel; era pimpinan Netanyahu berakhirJun 15, 2021 | 9:00 AM

