Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Bekas PM M'sia Mahathir anggap dapat pulih dan terus hidup 'suatu keajaiban'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Bekas PM M'sia Mahathir anggap dapat pulih dan terus hidup 'suatu keajaiban'

Mar 30, 2022 | 04:59 PM

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menjangkakan dirinya akan terus hidup apabila beliau dimasukkan ke Institut Jantung Nasional (IJN) Januari lalu.

Dalam ucapan yang diberikan pada Isnin (28 Mac), Tun Mahathir, 96 tahun, yang juga seorang doktor berkata, beliau tidak tahu bagaimana pasukan perubatan dapat membantunya sembuh semula.

"Saya benar-benar percaya saya sudah sampai hayat saya, tetapi entah macam mana, doktor-doktor dapat pulihkan kesihatan saya.

"Pada saya, ia merupakan suatu keajaiban. Saya tidak sangka akan dapat terus hidup, saya ingatkan saya akan mati kerana saya sudah tua dan juga saya menderita penyakit serius yang menjejas jantung saya.

"Namun, entah bagaimana, doktor dapat pulihkan saya dan saya dikeluarkan dalam keadaan agak sihat - bukan 100 peratus, tetapi cukup bagi saya meneruskan apa-apa lagi tugas yang perlu saya kerjakan," ujar beliau.

Ucapannya di majlis penghargaan bagi pakar dan kakitangan kesihatan yang merawatnya itu telah dimuatnaik ke akaun Youtube beliau. - Agensi berita

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3