Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LINGKARAN ASIA

Bekas ratu cantik Myanmar sertai kumpulan pemberontak etnik

May 31, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Seorang bekas ratu cantik Myanmar telah menyertai kumpulan pemberontak etnik untuk mengangkat senjata melawan junta tentera negara itu.



Baru-baru ini, beliau menyiarkan gambar dirinya memakai seragam gempur bersama senapang.



Myanmar kini mengalami kekacauan dengan ekonominya kian lumpuh sejak tentera merampas kuasa pada 1 Februari lalu, menggulingkan pemerintah awam pimpinan Cik Aung San Suu Kyi.



Ratu cantik itu, Cik Htar Htet Htet, pernah mewakili Myanmar dalam pertandingan ratu cantik Miss Grand International yang pertama di Thailand pada 2013, dan bersaing dengan 60 peserta.



Lapan tahun kemudian, beliau pergi jauh ke dalam hutan dekat sempadan Myanmar, di kawasan yang dikuasai kumpulan bersenjata etnik.



Tenaga pengajar gimnastik berusia 32 tahun itu menyiarkan gambarnya di laman Facebook baru-baru ini ini dengan mengenakan pakaian gempur hitam sambil membawa senapang serangan.



"Masanya sudah tiba untuk melawan," tulisnya di Facebook, lapor AFP.



"Sama ada anda mengangkat senjata, pena, papan kekunci atau menyumbang wang kepada gerakan prodemokrasi, setiap orang mesti berusaha gigih supaya revolusi ini berjaya."



Sejak rampasan kuasa pada 1 Februari itu, junta tentera telah menggunakan kekerasan berlebihan untuk menangani bantahan orang ramai, namun itu tidak mematikan semangat rakyat negara itu untuk terus turun ke jalan dan menuntut demokrasi dipulihkan.



"Saya akan melawan seboleh yang mampu. Saya bersedia mengorbankan segalanya. Malah saya bersedia mengorbankan nyawa saya," tulis Cik Htar Htet Htet dari kawasan sempadan yang tidak diketahui.



Peserta Miss Grand Myanmar tahun ini, Cik Han Lay, juga menjadi pengkritik junta tentera.



Rampasan kuasa pihak tentera Myanmar mengakhiri eksperimen selama satu dekad negara itu dalam proses demokrasi setelah setengah abad di bawah pemerintahan tentera.



Hampir 800 orang awam telah terbunuh sedang pasukan keselamatan Myanmar terus bertindak ganas untuk menghalang tunjuk perasaan secara besar-besaran.



Pihak tentera telah menembak penunjuk perasaan di jalanan, menangkap penduduk dalam serbuan pada waktu malam, mengurung wartawan dan mengarahkan gangguan Internet.



Ribuan orang dari kawasan bandar Myanmar melarikan diri ke kawasan sempadan, termasuk ramai yang mempunyai kaitan dengan parti politik Cik Suu Kyi, dengan yang lain menghadapi risiko ditangkap kerana terlibat dalam gerakan tunjuk perasaan dan mogok kerja.



Kumpulan pemberontak bersenjata etnik telah meningkatkan serangan terhadap tentera dan polis sejak beberapa bulan lalu, meningkatkan kemungkinan berlakunya perang saudara yang lebih luas di negara itu.



Tentera pula membalasnya dengan serangan udara dan darat yang menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa melarikan diri dari rumah mereka.




"Masanya sudah tiba untuk melawan... Sama ada anda mengangkat senjata, pena, papan kekunci atau menyumbang wang kepada gerakan prodemokrasi, setiap orang mesti berusaha gigih supaya revolusi ini berjaya..'' 
- Cik Htar Htet Htet, yang pernah mewakili Myanmar dalam pertandingan ratu cantik Miss Grand International yang pertama di Thailand pada 2013.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >