Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas Speaker Amerika 'cabul budak lelaki'

Apr 11, 2016 | 09:48 AM



WASHINGTON: Bekas Speaker Dennis Hastert, dulu antara tokoh politik Amerika Syarikat paling dihormati, menghadapi kehinaan lebih teruk selepas pendakwa raya mendedahkan butiran pencabulan seks yang didakwa dilakukannya semasa menjadi seorang guru dan jurulatih gusti sekolah tinggi.



Hastert didakwa mencabul kanak-kanak lelaki semuda 14 tahun dan bersetuju membuat bayaran rahsia berjumlah AS$3.5 juta ($4.7 juta) kepada seorang mangsa.



Pada Sabtu ( Apr), peguam Hastert berkata anak guamnya mengakui dia melakukan "pelanggaran" pada masa lalu, tetapi enggan menyatakan apa perbuatan itu.



Kenyataan itu dibuat sehari selepas pendakwa raya persekutuan memperincikan buat pertama kali dakwaan oleh lima bekas pelajar sekolah tinggi pencabulan yang berlaku apabila Hastert mengajar dan melatih pasukan gusti di Sekolah Tinggi Yorkville di Illinois dari 1960-an hingga awal 1980-an, sebelum kerjaya kongresnya.



Tindakan bagi kesalahan tersebut tidak boleh diambil dek statut batasan, oleh itu Hastert dikenakan hanya tuduhan melanggar undang-undang kewangan.



Pelobi Republikan berusia 74 tahun itu mengaku bersalah pada Oktober lalu secara haram menstrukturkan pengeluaran bank sepanjang lebih empat setengah tahun wang yang pendakwa kenal pasti sebagai wang rahsia.



Hastert memberitahu ejen pemeritah dia diperas ugut oleh seorang yang secara palsu menuduhnya melakukan pencabulan, tetapi rakaman perbualan antaranya dan orang itu - dikenali sebagai 'Individu A' - menimbulkan keraguan mengenai dakwaannya itu.



Dia membayar Individu A sejumlah AS$1.7 juta - kira-kira separuh jumlah yang dipersetujui - antara 2010 dan 2014 secara tetap. Bayaran itu hanya dihentikan apabila pemerintah mula menyiasatnya.



Hukuman dijadual dijatuhkan pada 27 April.



Hastert menjadi Speaker Dewan Rakyat dari 1999 hingga 2007. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >