Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Belanja kempen parti anak bongsu Jokowi jadi tumpuan

Jan 15, 2024 | 03:37 PM



JAKARTA: Perbelanjaan kempen Parti Solidariti Indonesia (PSI) yang pada asalnya hanya mencatatkan Rp180,000 ($15.50), telah melonjak menjadi Rp24 bilion.


Peningkatan mendadak ini tercatat dalam Laporan Dana Kempen Permulaan (LADK) yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia.

Pesuruhjaya KPU, Encik August Mellaz, menjelaskan bahawa LADK yang dilaporkan oleh parti-parti politik termasuk PSI, adalah bersifat sementara dan akan terus dikemas kini.

“Nanti akan dikemas kini lagi,” ujar Encik August seperti yang dilaporkan oleh portal berita Antara.

Menurut laporan terbaru KPU yang dikeluarkan pada 14 Januari, PSI di bawah kepimpinan Encik Kaesang Pangarep telah mengemas kini jumlah perbelanjaannya untuk LADK.

Encik Kaesang, yang berusia 28 tahun dan merupakan anak bongsu Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo atau Jokowi, telah dinamakan pengerusi PSI hanya dua hari selepas menyertai parti tersebut.

PSI, yang diasaskan pada 2014 selepas kemenangan Encik Jokowi, menonjol sebagai parti yang mewakili kepentingan wanita, belia, dan minoriti.

Parti ini juga dikenal sebagai pendukung dasar Encik Jokowi dan telah memberikan sokongan dalam Pilihan Raya Presiden pada 2019.

Bagaimanapun, PSI belum mencapai kejayaan yang signifikan di peringkat nasional. Dalam pilihan raya 2019, mereka gagal memperoleh sebarang kerusi di parlimen, tetapi berjaya memenangi beberapa kerusi di dewan undangan wilayah dan daerah.


Seorang penyelidik politik daripada Agensi Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan menjangkakan Encik Kaesang akan menghadapi cabaran berat dalam usahanya menjadikan PSI sebagai parti yang berpengaruh di peringkat parlimen.


Data terkini menunjukkan perbelanjaan PSI pada 12 Januari mencapai Rp24,130,721,406, sementara pendapatannya adalah sebanyak Rp33,055,522,406.

Perincian penerimaan dan perbelanjaan dana kempen ini melibatkan 580 calon legislatif daripada Parti PSI seluruh Indonesia, yang telah diserahkan kepada KPU melalui laman web Sikadeka.

Sementara itu, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), parti dengan logo lembu jantan, melaporkan perbelanjaan kempen sebanyak Rp115,046,105,000, dengan jumlah pendapatan mencapai Rp183,861,799,000.

Ini menjadikan PDIP sebagai parti yang paling banyak membelanjakan dana dalam kempen pilihan raya 2024.

Berdasarkan Undang-Undang Nombor 7 Tahun 2016 tentang Pilihan Raya Umum, terutamanya daripada Artikel 325 hingga Artikel 339, kegiatan kempen harus dibiayai dan menjadi tanggungjawab peserta pemilihan umum.

Untuk merealisasikan prinsip kepastian hukum, kebertanggungjawapan dan telus, peserta pilihan raya diwajibkan untuk merekodkan pembiayaan kempen dalam laporan kewangan yang terdiri daripada LADK, Laporan Sumbangan Dana Kempen (LPSDK) dan Laporan Penerimaan dan Perbelanjaan Dana Kempen (LPPDK).

Kenaikan dalam perbelanjaan kempen PSI, khususnya di bawah kepemimpinan Kaesang Pangarep, menjadi tanda tanya dan topik perbincangan hangat dalam kalangan analisis politik dan masyarakat umum, terutamanya mengenai bagaimana perubahan ini akan mempengaruhi dinamika politik dan pemilihan umum di Indonesia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >