Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Belanjawan 2023 M’sia diawalkan 3 minggu, mungkin pertanda pilihan raya umum diadakan lebih awal

Aug 27, 2022 | 03:33 PM



KUALA LUMPUR: Pembentangan Belanjawan  2023 pada 7 Oktober depan –   tiga minggu lebih awal dari tarikh sebenar – dilihat sebagai petanda besar pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) Malaysia akan diadakan pada November ini.


Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian, berkata pertukaran tarikh pembentangan itu juga adalah isyarat jelas PRU-15 mungkin diawalkan pada tahun ini.


Katanya, ada kemungkinan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  akan membubarkan Parlimen selepas pembentangan belanjawan itu  selesai atau ketika Dewan Rakyat masih bersidang.


“Ia adalah petanda jelas pilihan raya umum semakin awal dan barangkali akan diadakan sewaktu pembentangan belanjawan itu diadakan. 


“Sekiranya ia berlaku, ia bukan perkara baru, kerana pada 1999, Parlimen juga dibubarkan sewaktu masih bersidang.


“Ketika itu berlaku zaman reformasi selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan pilihan raya umum diadakan sebelum tempoh ia matang,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >