Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belarus terima senjata nuklear mulai Julai: Putin

Jun 10, 2023 | 11:00 PM
PRESIDEN RUSSIA: Encik Vladimir Putin meneruskan rancangannya menempatkan senjata nuklear di Belarus, antara sekutu utamanya dalam peperangan ke atas Ukraine.
PRESIDEN RUSSIA: Encik Vladimir Putin meneruskan rancangannya menempatkan senjata nuklear di Belarus, antara sekutu utamanya dalam peperangan ke atas Ukraine. - - Foto AFP

MOSCOW: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mengumumkan hasratnya Jumaat ( 9 Jun) untuk menempatkan senjata nuklear taktikal di Belarus mulai awal Julai.

Encik Putin berkata, persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Kenyataan ini dibuat selepas beliau bertemu Presiden Belarus, Alexander Lukashenko, lapor dpa, memetik agensi berita Russia, TASS.

Ia sekali gus bermakna pemindahan akan dibuat sebelum persidangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Lithuania, yang bersempadan dengan Belarus.

Persidangan NATO di ibu negara Lithuania, Vilnius, akan berlangsung pada 11 dan 12 Julai.

Encik Putin mengumumkan pada 25 Mac bahawa beliau akan memindahkan senjata nuklear Russia ke negara sekutu dan bekas negara Soviet, Belarus.

Beliau membenarkan tindakan ini sambil menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah menyimpan senjata nuklear di Eropah, termasuk di Jerman, sejak bertahun-tahun.

Jika rancangan Moscow dilaksanakan, Belarus akan menerima peluru berpandu Iskander, untuk kali pertama sejak 1990-an, selepas kejatuhan Kesatuan Soviet.

Menurut laporan TASS, beberapa pesawat pejuang Belarus juga telah diubah suai bagi mengendalikan senjata baharu ini. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg