Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mangsa banjir empangan pecah di Ukraine hilang rumah, diancam penyakit

Jun 08, 2023 | 05:40 PM



KHERSON (Ukraine): Para penduduk Ukraine berpusu-pusu meninggalkan rumah masing-masing pada Selasa apabila banjir melanda kawasan selatan negara itu menyusuli empangan gergasi hidroelektrik yang pecah di barisan depan medan perang antara Russia dengan Ukraine.


Kejadian itu berlaku di tengah-tengah pertelingkahan antara presiden kedua-dua negara yang saling menyalahkan satu sama lain.

Para penduduk terpaksa mengharungi air banjir sambil menggendong anak-anak mereka di bahu, anjing di tangan dan barang-barang di dalam plastik.

Anggota penyelamat pula menggunakan bot dalam usaha mencari mangsa yang terperangkap di tengah paras air bah yang melepasi paras kepala. 

Ukraine menyatakan bencana tersebut mengakibatkan beratus-ratus ribu penduduk menghadapi masalah air bersih dan telah menenggelamkan berpuluh-puluh ribu hektar kawasan pertanian.

Ia turut mengubah wajah sekurang-kurangnya 500,000 hektar ladang yang tidak lagi mendapat bekalan menerusi sistem pengairan.

Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, dalam satu siaran video menyatakan adalah sukar untuk menaksirkan bilangan kematian di kawasan yang diduduki Russia itu disebabkan banjir tersebut.

Beliau merayu kepada dunia agar segera menghulurkan bantuan bagi membantu mangsa-mangsa yang dirundung malang.

“Keadaan di Wilayah Kherson yang diduduki Russia begitu teruk. Tentera mereka membiarkan para penduduk dalam keadaan ketakutan. Tiada bantuan, tanpa bekalan air, dibiarkan tersadai di atas bumbung rumah,” tambah beliau.

Dalam lawatan di kawasan hilir Kherson, Timbalan Perdana Menteri, Encik Oleksandr Kubrakov, menyatakan lebih 80 kawasan petempatan terjejas dek bencana banjir.

Lebih membimbangkan ialah banjir tersebut turut melepaskan bakteria penyakit berjangkit dan kimia ke dalam air, jelasnya.

Empangan Nova Kakhovka runtuh Selasa lalu ketika Ukraine sedang bersiap-siap bagi melancarkan serangan balas besar-besaran terhadap pencerobohan Russia.

Kedua-dua pihak yang bertelagah itu saling berbalah mengenai serangan berterusan di kawasan dilanda banjir dan memberi amaran mengenai kemungkinan periuk api bakal terapung selepas terkeluar dari tanah kelak. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >