Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bencana alam gugat banyak negara

Gempa, banjir dan gelombang panas melanda beberapa negara
Aug 05, 2018 | 05:30 AM



BENCANA alam melanda banyak negara pada hujung bulan lalu.



Gempa bumi, gelombang haba, banjir akibat hujan lebat dan empangan pecah meranapkan rumah dan harta benda serta meragut sebilangan jiwa.



Gempa



Kejadian terbaru melanda negara jiran Indonesia apabila gempa sekuat 6.4 pada skala Richter menimpa Lombok, disusuli kira-kira 300 gegaran.



Ia menyebabkan 17 orang terkorban dan lebih 10,000 orang kehilangan tempat tinggal.



Kejadian itu juga mengakibatkan tanah runtuh di Gunung Rinjani yang popular di kalangan pendaki menyebabkan laluan pendakian terjejas. Lebih 1,200 pengembara dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, Perancis, Belanda, Thailand dan Jerman, terperangkap di Gunung Rinjani tetapi dapat diselamatkan.



Seorang pendaki dari Malaysia terbunuh. Sekitar 20 pendaki dari Singapura yang berada di pulau itu terselamat.



Pihak berkuasa tempatan Lombok menutup Taman Negara Gunung Rinjani. Belum ada pengumuman berapa lama ia ditutup atau bila ia akan dibuka semula.



Banjir



Hujan lebat dan empangan pecah mengakibatkan banjir di beberapa negara termasuk Laos, Vietnam, Myanmar dan India.



Insiden empangan pecah yang berlaku di Laos menenggelamkan beberapa kampung, mengakibatkan sekitar 27 jiwa terkorban dan 6,600 orang kehilangan tempat tinggal.



Air yang melimpah juga menjejas negara jiran Kemboja. Menurut laporan media Kemboja, seramai 25,000 orang telah dipindahkan dari wilayah sempadan utara Stung Treng, apabila limpahan banjir mengalir ke selatan.



Di Vietnam, 14,000 isi rumah dipindahkan selepas hujan lebat ekoran ribut tropika Son Tinh menyebabkan banjir dan tanah runtuh.



Antara lain, paras air di Sungai Bui, kira-kira 20 kilometer dari pusat bandar Hanoi, naik ke tahap yang "membimbangkan", dan mengancam kampung berdekatan.



Seramai 27 jiwa dilaporkan terkorban dan tujuh hilang.



Vietnam juga menimbangkan memindahkan lebih 14,000 isi rumah di Hanoi berikutan kebimbangan bahawa hujan lebat baru-baru ini boleh membanjiri daerah yang rawan banjir di kawasan terpencil negara itu.



Di India, air kotor bersama ikan membanjiri sebuah hospital di timur laut India selepas hujan monsun menyebabkan sekurang-kurangnya 80 orang maut dalam nahas berkaitan cuaca, menurut pihak berkuasa.



Di hospital Kolej Perubatan Nalanda di Bihar, India, pesakit duduk di katil hospital apabila air membanjiri unit jagaan rapi (ICU), menyebabkan keadaan huru-hara.



Gelombang haba



Jepun menyambut ulang tahun kedua Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Jepun dengan suhu panas naik ke paras 41.1 darjah Celsius di beberapa bandar - suhu tertinggi yang pernah dicatat di negara itu.



Di Tokyo sahaja, suhu mencecah sehingga 40.8 darjah Celsius.



Gelombang haba itu menyebabkan 65 orang menemui maut setakat ini.



Masalah serupa melanda Semenanjung Korea. Seramai 27 orang dilaporkan meninggal akibat strok haba dan lebih 2,200 dibawa ke hospital berkaitan masalah haba, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea.



Suhu diramal mencapai paras tinggi 39 darjah Celsius pada hari-hari mendatang, kata agensi cuaca di Korea Selatan pada Selasa lalu (31 Julai).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >