Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

AS beri amaran agar rampasan kuasa tidak berlaku di Thailand

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

AS beri amaran agar rampasan kuasa tidak berlaku di Thailand

Feb 04, 2014 | 04:28 PM

BANGKOK: Amerika Syarikat memberi amaran supaya mengelakkan rampasan kuasa tentera di Thailand sambil melahirkan keprihatinan bahawa ketegangan politik akan mencabar proses demokrasi di negara itu.
Mengulas perkembangan terbaru di Thailand, jurucakap Jabatan Negara, Cik Jen Psaki semalam berkata:
“Kami tentunya tidak mahu melihat satu rampasan kuasa atau keganasan berlaku. Kami sedang berhubungan secara langsung dengan semua pihak dalam masyarakat Thai untuk menegaskan peri pentingnya memanfaatkan wadah demokratik dan mengikut perlembagaan bagi menghuraikan perbezaan politik.”
Hari ini, parti pembangkang utama, Parti Demokrat, dijadualkan menfailkan tuntutan di Mahkamah Perlembagaan agar keputusan pilihan raya umum yang diadakan Ahad lalu dibatalkan dan parti Puea Thai pimpinan Perdana Menteri, Cik Yingluck Shinawatra, dibubarkan.
Peguam bagi Parti Demokrat, Encik Virat Kalayasiri, berkata aduan mereka akan merujuk kepada keadaan darurat yang diisytiharkan oleh kerajaan menjelang pilihan raya ekoran berlakunya beberapa insiden keganasan dan serangan bom di tapak bantahan.
Menurut beliau, keadaan darurat itu bertujuan menyekat kelantangan pihak media yang menentang kerajaan, sekaligus melanggar perlembagaan negara.
“Ini bermakna pilihan raya ini tidak dijalankan dengan bebas dan adil. Kita juga akan menuntut pembubaran parti Puea Thai dan penguatkuasaan larangan politik bagi anggota eksekutifnya,” kata Encik Virat, yang menuduh kerajaan melanggar perlembagaan dengan menggunakan dekri keadaan darurat untuk mendapatkan kuasa. – AFP.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3