Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir: Pusat pemindahan di Terengganu dibuka semula

Dec 04, 2020 | 05:30 AM



KUALA TERENGGANU: Tidak sampai 24 jam semua pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu ditutup, ia terpaksa dibuka kembali lewat malam kelmarin apabila negeri itu dilanda banjir semula.



Sehingga jam 7 pagi semalam, sembilan pusat itu dibuka di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Kemaman selepas penduduk di daerah berkenan terjejas akibat banjir susulan hujan lebat berterusan sejak petang kelmarin.



Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman, berkata seramai 439 mangsa daripada 124 keluarga mula dipindahkan secara berperingkat sejak malam kelmarin, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



Katanya, daerah Marang merekodkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 156 mangsa daripada 42 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Rusila.



Ini diikuti daerah Kuala Terengganu, apabila tiga PPS iaitu Sekolah Chendering, Sekolah Ladang dan Sekolah Pasir Panjang dibuka bagi menempatkan 114 mangsa daripada 36 keluarga.



"Di Kuala Nerus pula seramai 22 keluarga membabitkan 96 mangsa ditempatkan di tiga PPS manakala dua PPS dibuka di Kemaman bagi menempatkan 73 mangsa daripada 24 keluarga," katanya.



Kolonel Che Adam menambah, kenaikan paras air laut juga agak drastik terutama di bandar Kuala Terengganu malam kelmarin susulan hujan lebat berterusan.



"Hasil maklumat daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), julat hujan yang turun malam tadi (kelmarin) hampir enam hingga lapan jam di antara 170 ke 180 milimeter (mm) yang mana sangat banyak buat tempoh berkenaan.



"Kebiasaannya dalam tempoh sebulan, julat hujan yang turun antara 200 hingga 280 mm dan kesan akibat hujan yang sangat banyak menyebabkan sebahagian besar bandar Kuala Terengganu digenangi air," katanya.



Tambah beliau, pertembungan fenomena air pasang besar juga menyebabkan aliran air di sebahagian kawasan rendah di bandar Kuala Terengganu tidak dapat turun ke laut dengan lancar.



"Waktu puncak air pasang berkenaan bermula antara jam 1 hingga 2 pagi dan aliran air kembali lancar selepas itu.



"Difahamkan, sebahagian jalan yang ditutup di bandar Kuala Terengganu malam tadi (kelmarin) mula dibuka secara berperingkat bermula jam 3 pagi," katanya, lapor BHM.



Sementara itu, Kolonel Che Adam berkata gelombang ketiga banjir kali ini menyebabkan 439 orang dipindahkan ke sembilan PPS di empat daerah secara berperingkat.



"Mangsa paling ramai setakat 8 pagi ini (semalam) ialah di Marang yang menempatkan 156 mangsa daripada 42 keluarga di Sekolah Kebangsaan Rusila," katanya kepada wartawan.



Sementara itu, di Kelantan, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Tok Deh, Pasir Mas, kekal 18 orang membabitkan tiga keluarga setakat 8 pagi semalam.



Di Perak pula, hanya satu PPS masih dibuka di daerah Kerian sehingga 8 pagi semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >