WASHINGTON: Joe Biden mengumumkan Senator Kamala Harris sebagai Naib Presiden, jika beliau dipilih sebagai Presiden pada Pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS), November depan.
Ia bagi mencabar penyandang jawatan itu, Presiden Donald Trump yang mewakili parti Republikan. Sekiranya menang, Cik Harris akan melakar sejarah sebagai naib presiden wanita pertama AS.