Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Media sosial penuh dengan catatan palsu dan mengelirukan. Meningkatnya kecerdasan buatan (AI) memburukkan lagi keadaan. Kepercayaan terhadap sumber berita tradisional turut merosot ketika konflik antara Israel dengan Hamas dilapor semakin memuncak.

Berita palsu konflik Israel-Palestin jadi pertempuran maklumat

Oct 23, 2023 | 05:30 AM



GAZA: Wadah media sosial utama, yang pernah digembar-gemburkan kerana keupayaannya mendokumentasikan acara sejagat dalam masa nyata, kini menghadapi krisis kesahihan, kata pengkritik.


Peperangan antara Israel dengan Palestine telah menimbulkan begitu banyak maklumat palsu atau mengelirukan dalam talian – kebanyakannya disengajakan, walaupun tidak semua – sehingga ia telah mengaburkan apa yang sebenarnya berlaku di lapangan.

Sumber arus perdana
dan kecerdasan buatan (AI)

Sebaliknya, orang ramai beralih kepada sumber yang mencerminkan perasaan mereka, memperdalami perpecahan sosial dan politik.

Terdapat begitu banyak dakwaan yang tidak benar sehingga sesetengah orang mempersoalkan yang benar. Ia bukan hanya dalam wadah X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, yang telah mengalihkan banyak tanda pagarnya (#), sebagai isyarat untuk diperiksa semula, dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Kemajuan dalam kecerdasan buatan (AI) – dengan program yang boleh menghasilkan jumlah kandungan yang hampir tidak terhad – sudah pun menambahkan hiruk-pikuk dunia digital.

Bagaimanapun, krisis keasliannya adalah lebih luas daripada rangkaian sosial yang telah menguasai wacana awam.

Kepercayaan terhadap saluran berita arus perdana juga telah terhakis dengan organisasi berita kerap dituduh memihak kepada kepentingan negara, korporat atau politik. Ia mendorong banyaknya saluran alternatif dalam talian.

Ramai yang menggunakan sudut pandangan tertentu, dikongsi oleh pengguna dalam talian dan dirangsang oleh algoritma yang memberi ganjaran kepada kandungan yang mengejutkan atau emosi berbanding nuansa atau keseimbangan.

“Kita telah memutarbelitkan ekosistem maklumat,” kata Cik Nora Benavidez, peguam kanan Free Press, sebuah organisasi advokasi kepada The New York Times.


Satu tinjauan oleh Pusat Penyelidikan Pew pada 2022 menunjukkan individu di bawah 30 tahun mempercayai media sosial hampir sama seperti saluran berita tradisional.

Kira-kira separuh daripada mereka menyatakan tidak percaya kedua-duanya (antara semua kumpulan umur, kepercayaan terhadap organisasi berita tradisional kekal lebih tinggi, walaupun semakin berkurangan sejak 2016).

“Hubungan yang saya sentiasa cuba lakukan adalah antara kuasa utama yang ingin mengelirukan dan mengalihkan perhatian kita, dan keputusan akhirnya apabila orang ramai akan menjadi kurang terlibat,” kata Cik Benavidez.

“Orang ramai akan menjadi kurang pasti tentang isu yang menjadi keprihatinan mereka, kurang menyedari mengapa sesuatu itu penting, menjadi kurang terhubung antara diri mereka dengan orang lain.”

Tidak lama dahulu, media sosial telah digembar-gemburkan sebagai alat yang berkuasa untuk mendemokrasikan berita dan maklumat.

Pada 2009, apabila demonstrasi besar-besaran tercetus di Iran susulan pilihan raya yang diselubungi penipuan, penunjuk perasaan menggunakan media sosial untuk menghapuskan cengkaman maklumat oleh pemimpin kuku besi negara itu.

Mereka berupaya menyiarkan teks, gambar dan video yang mencabar tuntutan pemerintah. Ada yang menggelarnya sebagai ‘revolusi Twitter’.

Hampir setiap acara besar sejak itu – daripada acara sukan hingga bencana alam, serangan pengganas dan peperangan – telah berlaku dalam talian, didokumentasikan secara mendalam, serta-merta, oleh peranti yang dibawa oleh berbilion orang di tangan mereka.

Media sosial di mana-mana kebanyakan bahagian dunia masih berfungsi dalam banyak kes, memberikan bukti, sebagai contoh, untuk mendokumentasikan jenayah perang Russia di Ukraine.

Kekeliruan fakta

Bagaimanapun, seperti yang kelihatan dalam konflik Israel-Palestin, alat yang sama telah semakin banyak menimbulkan kekeliruan daripada menjelaskan kedudukan sebenar.

Dalam mana-mana peperangan, memahami fakta daripada cereka (atau propaganda) boleh menjadi amat sukar.

Antagonis berusaha untuk mengawal akses kepada maklumat. Tiada sesiapa pun boleh melihat lebih daripada pandangan soda-straw pada satu-satu masa.


Soda-straw digunakan secara metafora. Ia bermaksud bahawa pandangan atau pemahaman seseorang terhadap sesuatu situasi sangat terhad dan sempit, sama seperti melihat melalui straw minuman soda yang hanya memberikan pandangan terhad.


Kini video palsu atau yang mengelirukan menjadi tular lebih cepat daripada pemeriksaan fakta bagi menentukan kesahihannya, atau wadah yang boleh menghapuskan maklumat yang tidak tepat itu.

Masalahnya terletak pada perinciannya. Hamas membunuh berpuluh-puluh rakyat Israel, termasuk kanak-kanak, dalam serangan di Kfar Aza, sebuah kibbutz (penempatan) berhampiran Gaza.

Laporan wartawan televisyen Perancis yang tidak dapat disahkan menyebut bahawa 40 bayi dipenggal kepala dalam serangan itu dan berita itu menjadi tular di media sosial, seolah-olah ia adalah fakta.

Laporan itu masih belum disahkan. Malah ia meresap ke dalam kenyataan oleh Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden bahawa beliau telah melihat gambar-gambar yang mengerikan itu, mendorong Rumah Putih untuk mengundurkan sedikit kenyataannya, mengatakan maklumat itu datang daripada akaun berita.

Hamas telah mengeksploitasi media sosial untuk mempromosikan perjuangannya seperti Al-Qaeda dan ISIS suatu ketika dahulu.

Ia menggunakan aplikasi Telegram, yang sebahagian besarnya tidak ditapis, sebagai saluran untuk mendorong imej meraikan dan grafik pencerobohannya dari Gaza ke dalam peredaran yang lebih luas di rangkaian sosialnya.

Pertempuran maklumat

Semakin hari, ruang digital menjadi medan pertempuran maklumat dengan setiap pihak dalam sebarang konflik bersaing untuk menawarkan versinya.

Imej lama telah dikitar semula memberi gambaran seolah-olah perkara itu baru berlaku. Pada masa yang sama, imej sebenar telah dipertikaikan sebagai palsu.

Organisasi berita yang boleh dipercayai pernah berfungsi sebagai kurator, mengesahkan maklumat dan mereka masih melakukannya.

Namun, ada yang cuba mempersoalkan kesahihan mereka sebagai pengampang maklumat (gatekeeper), terutamanya Encik Elon Musk, pemilik X.

Sehari selepas pertempuran di Israel meletus, Encik Musk berkongsi siaran di X yang menggalakkan pengikutnya mempercayai wadah itu lebih daripada media arus perdana, mengesyorkan dua akaun yang terkenal kerana menyebarkan tuntutan palsu. Encik Musk kemudian memadamkan hantaran beliau itu tetapi tidak sebelum ia telah dilihat berjuta-juta kali.

Wadah X telah menghadapi kritikan sangat tajam, tetapi kandungan palsu atau mengelirukan telah menular hampir setiap wadah dalam talian.

Encik Thierry Breton, seorang pegawai di Suruhanjaya Eropah yang menyelia undang-undang baharu yang mengawal media sosial, menghantar surat minggu ini memberi amaran kepada X, TikTok dan Meta, pemilik Facebook dan Instagram, tentang kandungan palsu dan ganas daripada konflik itu.

Pengawal selia Eropah mengambil langkah pertama ke arah siasatan X di bawah undang-undang baharu, memetik kekerapan isi kandungan yang disiarkan oleh pelampau, termasuk imej berdarah.

Ketua Eksekutif X, Cik Linda Yaccarino, berusaha untuk mengetepikan siasatan dengan mendakwa bahawa wadah itu sebenarnya telah mengeluarkan “berpuluh ribu” kandungan.

Encik Imran Ahmed, ketua Pusat Melawan Kebencian Digital, yang menghadapi tuntutan mahkamah daripada Encik Musk kerana kritikannya terhadap wadah itu berkata perang telah menjadi “titik perubahan” untuk media sosial.

Kebanjiran maklumat salah sejak perang bermula bermakna wadah itu “tidak begitu relevan sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat” semasa acara besar.

“Media sosial tidak boleh dipercayai untuk maklumat – noktah,” katanya. “Anda tidak boleh mempercayai apa yang anda lihat di media sosial.”

Encik Ahmed, yang berada di London, berkata beliau amat kecewa pada hari-hari awal perang sehingga beralih daripada Internet kepada Perbadanan Penyiaran British (BBC), untuk mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai. “Bilakah kali terakhir saya menghidupkan televisyen?” katanya.

Beliau menyatakan syarikat media sosial telah menyerahkan sumber berita kepada polis, apa yang muncul dalam talian.

Encik Musk telah memulakan beberapa perubahan sejak memperoleh syarikat itu pada 2022, yang menurut para penyelidik telah mengakibatkan lonjakan kandungan berbahaya, termasuk kenyataan perkauman dan anti-Yahudi.

Ia termasuk langganan yang membenarkan sesiapa sahaja, asalkan mereka sanggup membayar, untuk mendapatkan akses.

“Wadah X, khususnya, sejak setahun lalu menjadi wadah pertama yang dihidupkan oleh orang ramai dan kemudian kekal menggunakannya di tengah-tengah krisis. Ia tidak boleh digunakan secara langsung begitu sahaja, hanya sekadar cuba membezakan apa yang benar.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >