Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia siap langkah kekang berita palsu jelang pilihan raya

Pertingkat literasi digital masyarakat, perjelas penipuan berkaitan pilihan raya dan sedia maklumat bagi polis bertindak ke atas pelaku
Sep 21, 2023 | 03:28 PM



JAKARTA: Menteri Komunikasi dan Penerangan Indonesia, Encik Budi Arie Setiadi, menyatakan kementeriannya telah menyediakan langkah strategik untuk menangani penularan berita palsu menjelang Pilihan Raya Umum 2024.


“Bagi menyahut peningkatan trend penyebaran isu penipuan menjelang pilihan raya, Kementerian Komunikasi dan Penerangan melaksanakan langkah pengendalian di peringkat huluan, pertengahan dan hiliran,” katanya di sini pada Rabu.

Encik Budi menyatakan pada peringkat huluan, kementeriannya akan menumpukan usaha meningkatkan literasi digital dan kecekapan masyarakat.

Kementerian itu melancarkan kempen pendidikan antipenipuan dan penyebaran maklumat melalui Pergerakan Literasi Digital Kebangsaan, dengan tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya penipuan dan meningkatkan kemahiran dalam mengenal pasti maklumat yang salah.

Pada peringkat pertengahan, kementerian itu mengeluarkan penjelasan mengenai penipuan berkaitan pilihan raya.

Ia juga bekerjasama dengan platform digital untuk membongkar penipuan.

Selain itu, kementerian tersebut telah mengambil tindakan membanteras penipuan berkaitan pilihan raya dan memotong akses kepada laman web yang menyebarkan penipuan berkaitan pilihan raya.

Sementara itu, pada peringkat hiliran kementeriannya menyediakan sokongan data dan maklumat kepada Agensi Siasatan Jenayah Polis Negara Indonesia dalam usaha menyokong penguatkuasaan undang-undang terhadap mereka yang mencipta dan menyebarkan penipuan berkaitan pilihan raya.

Menteri itu menekankan perlunya usaha bersama untuk merealisasikan pilihan raya umum yang aman pada 2024.

Beliau menyoroti isu-isu serius dalam pilihan raya sebelum ini, terutama berkaitan penipuan yang menyebabkan kekacauan maklumat.

Pada Pilihan Raya Umum 2019, kementeriannya merekodkan lebih 928 isu penipuan yang tersebar.

Sepanjang tempoh Januari hingga September 2023 pula, kira-kira 152 isu penipuan telah dikesan – meningkat 51 daripada pada 2022.

“Jadi, jumlah keseluruhan isu penipuan dari 2018 hingga 19 September 2023 adalah sebanyak 1,471,” tambah Encik Budi.

Beliau seterusnya menekankan peri pentingnya mengambil langkah berjaga-jaga terhadap maklumat palsu semasa pilihan raya dengan mengambil kira pelbagai kesan negatif, seperti polarisasi dalam kalangan anggota masyarakat, penurunan kepercayaan terhadap demokrasi, dan ketidakstabilan politik.

Untuk tujuan ini, Encik Budi menggesa tindakan intensif diambil bagi mengendalikan penipuan dan penyelewengan dalam pilihan raya akan datang demi mengekalkan kualiti demokrasi di Indonesia.

Pada 2019,  ketika jutaan rakyat Indonesia membuat pilihan menentukan siapa presiden mereka, media sosial dibanjiri pelbagai berita palsu mengenai kedua-dua calon, Encik Joko Widodo dan pesaingnya, Encik Prabowo Subianto.

Antara berita palsu yang tersebar ialah sebuah blog memetik pegawai tertinggi agensi pilihan raya berkata kononnya rakan dagang terbesar Indonesia, China, akan menghulurkan bantuan wang untuk membaiki peti undi yang rosak menjelang pilihan raya itu.

Hantaran palsu itu dibuat dengan mengubah isi kandungan asal laporan berita sahih dan dikongsi ratusan kali oleh netizen di Facebook. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >