SERDANG: Penganjur perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu lalu di Kuala Lumpur boleh menjangka dikenakan bil pembesihan berjumlah RM65,000 ($21,830) minggu ini, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
"Saya menggesa Maria Chin (Abdullah) supaya tidak menghabiskan dulu semua RM1.5 juta yang mereka kumpul untuk perhimpunan itu," kata beliau dalam satu acara di sini pada Selasa (1 September).
Cik Maria ketua Bersih.
Datuk Abdul Rahman berkata bil itu tidak termasuk tuntutan bagi kerosakan harta benda di bawah jagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
"Kami serahkan kepada DBKL untuk menghantar bil mereka kepada Bersih," katanya.
Perhimpunan tersebut, antara lain, menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang sedang menghadapi tekanan agar letak jawatan berhubung hutang besar syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad dan dakwaan wang AS$700 juta ($988 juta) dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi beliau. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK