Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

'Berubah atau risiko Umno ditolak rakyat selamanya'

Feb 07, 2023 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Umno perlu melakukan perubahan drastik agar parti itu tidak terpisah dengan kehendak rakyat terutama golongan muda selepas kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Jumlah pengundi muda dan pengundi baru yang didaftarkan secara automatik perlu menjadi fokus Umno kerana ia menjadi titik penentu kemenangan parti pada pilihan raya seterusnya.



Justeru, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pucuk pimpinan Umno perlu merangka strategi bermula sekarang atau parti akan berdepan risiko disingkir terus oleh rakyat selama-lamanya.



Dalam temu bual dengan Utusan Malaysia, Datuk Sabri berkata Umno akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan semula sokongan golongan muda berikutan tindakan parti itu memecat pemimpin kritis seperti mantan Ahli Parlimen Rembau Encik Khairy Jamaluddin.



Beliau berkata parti itu telah mengambil langkah ke belakang dengan isyarat yang salah kepada golongan muda.



"Kita memberi petanda yang salah kepada mereka (golongan muda). Iaitu parti Umno tiada demokrasi, dipecat atau digantung. Itulah persepsi mereka sekarang terhadap parti ini.



"Mereka (orang muda) lebih melihat dan mahukan pemimpin yang dipecat Umno seperti Khairy. Beliau (Khairy) terbuka dalam mengkritik parti dan pada orang muda itu sesuatu yang wajar.



"Sebab itu, saya kata mereka ideal. Mereka mahu kebebasan diberi pada ahli. Orang muda tidak akan masuk parti yang menyekat kebebasan mereka," kata Ahli Parlimen Bera itu.



Encik Khairy, bersama mantan Ketua Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada parti kerana didakwa mensabotaj parti semasa PRU15, manakala beberapa pemimpin dan ahli lain digantung selama enam tahun.



Encik Khairy sejak itu mempertahankan kritikannya terhadap Umno dan berkata beliau tidak akan merayu terhadap keputusan pemecatan itu.



Datuk Ismail Sabri berkata Umno telah kehilangan beberapa sokongan golongan muda pada PRU15 lalu dan parti itu boleh menjangkakan akan menghadapi nasib yang sama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, termasuk dalam kalangan pengundi kali pertama yang telah didaftarkan secara automatik.



Bekas perdana menteri itu turut mengkritik langkah baru-baru ini oleh kepimpinan parti yang mengabaikan mesej yang dihantar oleh pengundi muda yang menolak mereka tahun lepas.



Menurutnya terdapat keperluan untuk menunjukkan kepada pengundi muda bahawa tuntutan mereka didengari kerana pilihan raya umum lalu menunjukkan bahawa ia adalah akhirnya undi mereka yang mengubah arus terhadap Umno.



"Sekarang kita harus sedar bahawa pengundi yang akhirnya membentuk bilangan di negara ini adalah pengundi muda. Mesej yang jelas perlu diberikan kepada pengundi muda, supaya mereka mempunyai harapan baru untuk parti kita.



"Tetapi isyarat itu mesti selaras dengan idealisme mereka. Mereka meminta hak asasi manusia, keterbukaan, ketelusan, hak untuk bersuara," ujar Datuk Ismail, yang memimpin kerajaan yang rapuh selama kira-kira 16 bulan sebelum ditekan untuk mengadakan pilihan raya itu.



Mengulas kenyataan Datuk Ismail Sabri yang menggesa Umno melakukan perubahan drastik agar parti itu tidak terpisah dengan kehendak rakyat, terutama golongan muda, selepas kalah teruk dalam PRU15, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan semalam berkata:



"Apa yang nak berubah? Pembersihan dalam Umno itulah perubahan yang Umno lakukan. Kita tidak mahu ada perpecahan dalaman parti yang lebih teruk seperti yang berlaku pada tahun 50an di mana wujudnya Pas dan 1987 yang wujudnya Semangat 46.



"Jadi itu langkah awal kita supaya Umno terus kekal bersama dan tidak berpecah. Takkan kita nak biarkan orang yang langgar disiplin ini berada dalam parti lagi?



"Bantai Umno sewaktu berkempen? Dalam keadaan parti sedang crucial, boleh bantai parti berkali-kali dan terpampang di dada akhbar. Kita nak biarkan? Jadi ini perubahan yang terdekat oleh Umno," katanya.



Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah pembersihan dalam Umno dengan memecat Encik Khairy adalah tindakan tepat meskipun ramai berpandangan yang beliau mempunyai nilai tambah kepada parti.



Sambil menolak dakwaan tindakan pemecatan itu akan menjauhkan parti daripada anak muda, beliau berkata pelbagai strategi sedang dirancang sekali gus menegaskan yang parti itu tidak menggunakan taktik kotor untuk 'membeli' orang muda pada saat akhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >